KISAH DIA UNTUK KAMU
assalamualaikum.....
Allah SWT yang memegang hati hamba-hambaNYA. Hidayah itu milik DIA yang MAHA BERKUASA. Kadangkala kita dibutakan dengan nikmat keduniaan sehingga lupa pada yang memberi nikmat itu. Tapi sahabat, DIA yang MAHA AGUNG, MAHA BERKUASA, MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat hambaNYA. Ujian bukan tanda kemurkaanNYA tapi tanda sayangNYA kepada hambaNYA, dengan harapan hambanya akan semakin dekat denganNYA. Kisah yang lalu biarlah menjadi satu sejarah sebagai pedoman dalam hati.
“Pengalaman yang lepas merupakan guru yang kejam, kerana ia mengajar kita untuk mengalaminya dahulu kemudian perolehi iktibar dari pengalaman”
Yang buruk itu tidak akan selamanya kekal buruk, yang jahat itu tidak mustahil akan berubah menjadi yang baik. Yang hitam itu tidak semestinya kelam dan yang putih itu tidak semestinya suci. Yang susah itu akan kekal susah tanpa usaha untuk merubahnya menjadi lebih senang. Ini kisah dia untuk kamu, amil pedoman dari yang baik, dan pengajaran pada yang buruk.
Apabila dia bermonolog sebegini...
" aku belum cukup baik menjadi hamba ALLAH SWT yang soleha....banyak sangat kekurangan diri ini...layakkah aku mencium bau syurgaNYA...layakkah aku menerima cinta daripadaNYA?...."
hatinya akan membisik sebegini....
"letakkan segala kepercayaanmu kepada ALLAH SWT...DIA akan semakin dekat kepada hambanya yang ingin dekat kepadaNYA...dekatkan dirimu kepadaNYA.....cinta kepada ALLAH SWT...bukan sejauh mana kita mempelajari Islam..tetapi sejauh mana kita mendalaminya.."..
dia akan tersenyum tatkala hatinya membisikkan kekuatan ini...
Dulu dia seorang yang mengejar cinta dari seorang manusia…sehingga lupa pada yang memberikan rasa cinta itu kepadnya. Darah mudanya yang ingin berpasangan seperti kawan-kawannya membuak-buak dalam dadanya. Disebabkan keinginan itu dia menjadi hamba ALLAH yang sangat-sangat khilaf. Solatnya tanpa hati, puasanya tanpa muhasabah diri, kebaikannya tidak disandarkan dengan ikhlas. Walaupun hati membisik niat semata-mata kerana ALLAH SWT, tapi kenyataannya hanya ALLAH SWT yang tahu.
Sampai disatu ketika, saat ada yang menyapa hati untuk menjalinkan hubungan, dia dengan tanpa memikirkan apa-apa, TERUS MENOLAK, tiba-tiba ingatannya kembali secara drastik kepada segala apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Tentang kekhilafannya, tentang alpanya kepada ALLAH SWT, tentang sikapnya yang terlalu mengagungkan cinta manusia, amalan-amalan yang telah dia lakukan, pergaulannya. Hanya disaat detik itu, semuanya kembali dalam sekelip mata dalam fikirannya. Kuasa ALLAH SWT tiada tandingannya.
Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia menolak perhubungan itu, sedangkan itu yang dia mahu. Biarkan masa yang berbicara.
Masa berlalu dalam sekelip mata. Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej. Di sinilah tempat dia belajar apa itu jatuh dan bangun semula. Disini jugalah tempat dia belajar apa itu kegagalan dan kejayaan. Pada detik ini jugalah dia belajar betapa berharganya kasih sayang keluarga apabila berjauhan. Dia seolah-olah menjadi seorang yang baru. Baru memperolehi hati yang baru. Terima kasih ya ALLAH SWT. Sesungguhnya kau yang memengang hati manusia, hanya kau berhak memberikan hidayah atau kesesatan kepada hambaMU. Alhamdullilah dia berada dalam kalangan hamba ALLAH SWT yang menerima hidayah.
Bermulanya di sini. Dia menyimpan niat dalam hati..
“ Andai aku memperolehi keputusan 4.00 flat dalam Ujian Penilaian Semester aku akan pergi surau hari-hari. Demi mencari cinta kepada ALLAH SWT ”
Itu bukan doa yang biasa-biasa sahaja, dia berusaha keras untuk merealisasikanya. Di saat dia berputus asa, hatinya akan sentiasa menasihati
“ ALLAH SWT sentiasa ada bersama kau, jangan kau risau akan kegagalan sekiranya kau telah berusaha”
Apabila mendengar hatinya menasihati, dia akan segera berusaha tanpa henti. Kerana dia tahu, ALLAH SWT sentiasa ada bersama dengannya, dalam senang apatah lagi dalam kita kesusahan. Cuma kita yang selalu terlupa padaNYA saat kita senang.
Kenalilah ALLAH SWT diwaktu lapang, nescaya DIA mengenalimu di saat sulit
- Riwayat selain Imam at-Tirmizi –
-
Hari berganti hari bulan berganti bulan, dengan izin ALLAH SWT dia memperolehi keputusan 4.00 flat dan dia perlu menunaikan janjinya kepada ALLAH SWT. Tapi dalam hatinya masih ragu-ragu untuk menunaikannya. Baginya kalau tidak berteman sukar untuk dia memenuhi janjinya itu, tapi siapa sahabat yang mahu menemannya. Kadang-kadang dia sendiri pelik kenapa mesti perlu berteman untuk melakukan kebaikan?. Bukankah itu kehendak kita sendiri untuk melakukakannya. Akhirnya janji itu tergantung begitu sahaja untuk satu jangka masa.
Hari ini ada satu ceramah yang diadakan di surau kolej, entah mengapa dia merasa hatinya diragut-ragut untuk pergi. Nak ajak kawan masing-masing sibuk menyiapkan tugasan. Dengan hati yang nekad, dia pergi jua melangkah ke surau, yang menariknya untuk pergi ke ceramah itu ialah tajuknya, iaitu IKHLAS. Rasanya sudah lama dia mencari jawapan bagi persoalan itu. Dia ada bertanyakan kepada kawan-kawannya maksud ikhlas, rata-rata menjawab
“melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan daripada ALLAH SWT”
Dia rasa jawapan itu masih belum konkrit untuk menerangkan maksud sebenar ikhlas. Kadangkala hati membisikkan ikhlas tapi jauh di sudut hari tetap seperti mengharapkan balasan. Kerana persoalan ini dia dia melangkah ke surau itu.
Alhamdullilah, akhirnya dia bertemu jawapan sebenar IKHLAS. ALLAH SWT memberi jawapan melalui ceramah itu. Dia rasa inilah jawapan yang paling konkrit dan dia tidak akan ragu-ragu lagi.
“ Ikhlas itu, rahsia dalam rasa, kita tidak tahu samaada kita ikhlas atau tidak dalam sesuatu pekara yang kita lakukan, manusia lain juga tidak boleh menghakimi sejauh mana keikhlasan kita. Lakukanlah sesuatu itu tanpa memikirkan kamu ikhlas atau tidak. Kerana yang menentukan keikhlasan itu ialah yang MAHA MENGETAHUI segalanya”
Mulut mengucapkan ikhlas..tapi benarkah hati kita ikhlas malakukannya?
Mulut mengatakan redha..tapi benarkah kita menerima apa yang telah ditakdirkan untuk kita?..
Mulut membicarakan cinta kepada ALLAH SWT..tapi adakah cukup amalan yang kita lakukan untuk menzahirkan cinta kepadaNYA?
Niat dihati melakukannya kerana ALLAH SWT..tapi jauh di sudut hati ini masih ada ragu-ragu..
Wahai sahabat…
Lakukanlah sesuatu pekara sekiranya itu yang terdetik di hatimu. Persoalan IKHLAS, REDHA, CINTA, NIAT..biarlah ALLAH SWT yang menentukan. DIA lebih tahu.
Janganlah kamu menangguhkan sesuatu pekara yang baik hanya kerana segala persoalan ini. Takut kerana terlalu memikirkan persoalan ini, kita tidak sempat melakukannya.
Dia tidak takut lagi untuk melangkah ke surau seorang diri. Dia memulakan harinya untuk menjadi baik dengan menjejakkan kaki ke surau. Pada hari pertama dia memang rasa sangat kekok kerana ramai yang memandangnya, mungkin kerana tidak pernah nampak dia mengahadirkan diri ke surau. Dia merasakan satu perasaan yang sangat aneh membaluti hatinya. Hatinya sayu tatkala mendengar seruan azan. Dia melihat semua orang bergegas dalam mempersiapkan diri untuk menghadap ALLAH SWT. Terdetik hatinya gembira kerana berada dalam kalangan hamba ALLAH SWT yang awal sujud kepadaNYA.
Habis sahaja solat berjemaah, semua bersalaman sambil melagakan pipi. Seolah-olah mereka sudah lama mengenali satu sama lain, terasa bagai mereka sangat rapat. Dia terpegun sebentar dengan situasi itu. Betapa dia merasakan bahagianya berada dengan mereka. Sekali lagi, TERIMA KASIH ALLAH.
Semua orang sibuk menunaikan solat sunat. Dia tak nak lepaskan peluang yang sama. Dia turut menunaikan solat sunat dan cuba untuk khusyuk. Semasa membaca surah AL-Fatihah, tiba-tiba ada seseorang menghamparkan sejadah buat dirinya. Terdetik kemusykilan di hatinya, namun di meneruskan solat sehingga kepenghabisannya. Seusai memberi salam, dia melihat sekeliling. Timbul persoalan di hatinya.
“Kenapa hanya aku yang dihamparkan sejadah ini, sedangkan yang lain hanya sujud pada karpet yang sedia ada terhampar…siapa yang membentangkan sejadah ini..rasanya tak da orang yang mengenali aku di sini…tak pe la..tunggu sekejap..mungkin empunya sejadah akan datang sekejap lagi..”
Namun tiada siapa yang datang menuntut sejadah itu. Dia termenung memikirkan kejadian itu saban hari. Terasa ingin gugur air mata apabila menyedari sesuatu.
“ Mungkin ini hadiah dari ALLAH SWT sebagai tanda mengalu-alukan kedatangannya ke surau ini, betapa ALLAH SWT sayang pada dirinya, walaupun banyak dosa yang dilakukan..ALLAH SWT masih sudi membentangkan cintaNYA buat dirinya yang khilaf ini. Sekali lagi….TERIMA KASIH YA ALLAH !!!!”
Mulai hari itu,detik itu, dia menjadi seorang yang dahagakan CINTA dari ALLAH SWT. Ringan langkahnya tatkala melangkah ke surau. Sungguh dia merasakan gembira saat menunaikan solat berjemaah di surau itu. Kadangkala dia akan tersenyum sendiri sebelum menunaikan solat. Sungguh, harinya sentiasa tidak sabar untuk berada dalam kalangan hambanya yang awal sujud kepadaNYA. Dirinya jadi tidak sabar dalam menunggu azan berkumandang, kerana hatinya menunggu untuk sujud padaNYA. Sekali lagi, TERIMA KASIH YA ALLAH.
Surau itu menjadi saksi akan permulaanya dalam mencari keredhaan ALLAH SWT, di surau ini jugalah dia tidak segan silu untuk menangis kerana mendoakan agar hidayah yang diberikan ini kekal selamanya, Insyallah. Kurang dari 6 bulan dia dia di situ, dia masih merasakan rasa CINTAnya kepada ALLAH SWT masih belum cukup. Betapa dia merindui saat itu. Tetapi sekarang, dia akan meneruskan perjalanan mencari keredhaan ALLAH SWT, tetapi di destinasi yang lain pula.
Tatkala kali melangkah keluar dari kolej itu, hatinya disagat sayu kerana terpaksa meninggalkan surau yang menjadi tempatnya menghamparkan kasihnya buat ALLAH SWT, Insyallah. Tetapi hatinya selalu berkata…
“cinta ALLAH SWT terlalu luas, lebih luas dari lautan. Walau di mana kita berada, KASIHNYA kepada hambaNYA tidak akan pernah pudar, jadi nekadkan dirimu untuk terus memburu dalam mencari keredhaan ALLAH SWT…Insyallah..aku boleh!..kerana ALLAH sentiasa ada bersama dengan HAMBANYA…”
ALLAH SWT menjauhkan aku dari satu perhubungan yang HARAM untuk menunjukkan cintaNYA yang jauh lebih hebat. Jangan hanya menyangka kita kurang iman di dada kita tidak layak merebut cintaNYA. CintaNYA sentiasa dihamparkan kepada semua hambanya. Jangan hanya kita tidak cukup ilmu tentang Islam kita merasakan yang kita patut biarkan begitu sahaja, tetapi carilah altenatif untuk mencari. Sahabat, ilmu ALLAH SWT sangat banyak, bahkan kita sentisa dituntut untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad. Jangan mengehadkan ilmu sekadar apa yang diajar oleh guru, sebaliknya cari lah ilmu di pelosok manapun ia berada.
Dia teruskanlah lagi perjalanannya….di arena yang lain….di mana dia akan diduga dengan pekara yang lain pula… dimana dia percaya yang setiap ujian yang diberikan BUKTI ALLAH SWT sayang pada dirinya..
Kisah dia untuk kamu. Segala yang buruk datang dari kekhilafan diri ini, dan yang baik itu datang dari ALLAH SWT sendiri.
Wassalam.