Selasa, 4 Jun 2013

BELAJAR LETAKKAN ALLAH DI TEMPAT YANG PERTAMA...

assalamualaikum...

dalam  1 hari kita boleh belajar pelbagai pekara...dari isu yang berkenaan dengan diri..hinggalah kepada menyentuh kepada perihal orang lain...mungkin kita tidak menghadapi sesuatu itu..tetapi kita boleh mengambil ikhtibar dari apa yang terjadi,,sentiasa pratiskan elemen empati dalam diri..di mana kita meletakkan diri kita untuk di tempat orang lain...

kita harus sedar...dalam keadaan kita tidak menghargai apa yang kita miliki hari ini..ada yang mengimpikan keadaan kita hari ini..ada yang mencemburui kedudukan kita sekarang ini..jadi apa pilihan kita?..menghargai atau membiarkan sahaja ianya pergi..tepuk dada tanyalah iman kamu..

sekiranya kita boleh berusaha keras unutk mencapai cita-cita...kenapa begitu sukar untuk berusaha untuk meraih cinta Khalid?...sekiranya ALLAH SWT objektif kita...pasti kita boleh berusaha untuk mengapainya...sekiranya ALLAH SWT adalah impian kita..pasti kita akan berupaya untuk meraihnya..di mana ltak duduk kita?..adakah masih punya masa untuk maraihnya?...sekiranya kamu masih bernyawa...gapailah ianya...berusaha letakkan ALLAH SWT sebagai yang pertama...berusaha letakkan ALLAH SWT sebagai raja dalam hati...

ujian yang menimpa kamu hari ini bukan suatu pekara yang sia-sia..sebaliknya ianya adalah petunjuk dan kepada kita untuk belajar dari pengalaman...untuk mengambil ikhtibar dari apa yang berlaku..untuk mengumpul pedoman pada setiap situasi yang hadir dalam diri kita...belajarlah untuk mengucapkan syukur kepadaNYA atas kemudahan, atas peringatan yang diberikan melalui ujian itu...

masih belum terlambat..sekiranya kamu masih bernyawa...

aku yang selalu alpa...
mencari cahaya dalam kegelapan...
mencari sirna dalam kesunyian...
mencari jalan dalam kesesatan...
mencari petunjuk dalam persoalan...
mencari kerahmatan dalam keredhaaNYA..dan
mencari syurga dalam cintaNYA..

walaupun aku tahu aku masih jauh...
aku yakin akan hadirNYA yang sentiasa ada di sisi..
aku yakin akan kasih sayangNYA yang mengunung..
aku yakin pada cintaNYA teragung...
aku yakin pada rahmantNYA yang tertinggi..
aku yakin pada janjiNYA yang pasti...dan
aku yakin pada takdirNYA yang terindah...

di mana aku..di sini...dalam usaha mencari cintaNYA yang sempurna..
doakan aku...pimpinlah aku..bimbinglah aku...

^_^......senyum lebar2...

Ahad, 26 Mei 2013

berhenti bermimpi...tinggalkan angan2.. :)

assalamualaikum...

berhenti bermimpi kerana ianya membawa kepada tidur lena yang panjang...sehingga sampai satu saat bila kita tersedar...mungkin pada masa itu telah terlambat...tetapi apakah daya...masa yang terundur tidak mungkin akan kembali...apa yang boleh dilakukan ialah terus pandang ke hadapan..mengejar masa depan yang belum tiba..dengan kudrat dan daya yang masih bersisa...agar mimpi yang sama tidak berulang...agar tidur tidak menjadi terlalu lena..

mimpi itu memang indah..tetapi ianya yang membuat kita lupa dan alpa pada ALLAH SWT...kita terlalu melayan mimpi yang indah hingga lupa pada realiti yang perlu dihadapi...yang terleka itu biar kita sedarkan kini..kerana di dunia ini masih ada perjuangan yang perlu dilunaskan...kerana di dunia ini masih banyak yang perlu kita kumpulkan untuk bekalan di akhirat kelak...sanggupkah kita melihat satu hari nanti ALLAH SWT berpaling dari melihat kita kerana sikap kita yang terlalu alpa dan leka?...selagi masih punya waktu..selagi masih ada nyawa...selagi masih diberi peluang untuk bernafas...grab the chance...

tiada istilah terlambat dalam bertaubat...dan tiada istilah menunggu waktu tua untuk beribadah..yang ada hanya istilah..selagi ALLAH SWT masih memberikan nyawa dan kudrat jangan pernah putus asa untuk mohon taubat dan beribadahlah sebanyak dan semampu yang mungkin...

sedangkan cinta kepada manusia juga memerlukan bukti...apatah lagi cinta kepada ALLAH SWT..apakah bukti cinta kita kepada ALLAH SWT?...apakah yang telah kita lakukan untuk meraih redha,pahala dan syurgaNYA?...yakinkah kita untuk masuk ke syurgaNYA?...layakkah kita?...

ku biarkan persoalan kerana kamu yang punya jawapan...ku biarkan hatimu tertanya2 kerana kamu lebih tahu akan jawapanya...ku biarkan kamu berfikir sejenak...kerana kamu lebih tahu di mana letak duduk kamu sekrang...

kerana aku pernah bermimpi panjang...kerana aku pernah lena yang panjang...kerana aku pernah alpa dan lupa padaNYA...maka segala persoalan...aku sudah punya jawapan...

tatkala kamu sudah punya jawapan..sediakan dirimu dengan tindakan..mungkin..esok nyawa akan diambil....ayuh bangkit dari mimpi...hadapi realliti...kerana ALLAH SWT sedang memanggilmu..kerana Rasulullah SAW...sedang manantimu...fokus utama...ALLAH SWT...

^_^  aku yang bermimpi...ingin bangun dari lena yang panjang...aku yang bermimpi...ingin bangun dengan harapan...dan aku yang bermimpi...masih mengharapkan masih punya waktu untuk aku...mohon ALLAH SWT permudahkan...

Sabtu, 30 Mac 2013

APA TUJUAN HIDUPMU

assalamualaikum...

kehidupan itu mengajar erti syukur yang sebenarnya...dan kehidupan itu datang dari ALLAH SWT...DIA selalu memberikan petunjuk dan ilmu daripada kehidupan seharian...always remind my self that...i am nothing without ALLAH SWT...and ALLAH SWT is everything..setiap hari tanya pada diri ini...apa tujuan hidup di atas muka bumi ini..bak kata Hilal Asyraf..kita tak nak hidup kita ini ibarat...bangun..buat kerja..makan...pastu tidur..tiada tujuan..dan setiap hari kita mengulang kembali putaran yang sama...

di mana kita letakkan ALLAH SWT dalam kedudukan hati ini..duhai hati yang rapuh janganlah dikau terlalu mengejar dunia yang sementara..sedangkan akhirat yang kekal selamanya memanggilmu untuk ke arahnya...

kita terlalu risau akan jodoh yang belum kunjung tiba...yang jauh entah di mana..tapi kita lupa pada jodoh yang dekat dengan kita..jodoh dengan kematian..sejauh mana amalan kita...yakinkah kita untuk menuju syurganya?..

tepuk dada..tanya iman..

^_^ sebab saya tahu cinta ALLAH SWT itu indah...maka saya ingin gapainya..sebab saya tahu rindu Rasulullah saw itu sejati..maka saya terlalu ingin merasainya...YA ALLAH SWT..permudahkanlah..aamiin

Rabu, 27 Mac 2013

BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH SWT..

ASSALAMUALAIKUM..

masa dan manusia tidak mampu untuk dipisahkan..tetapai seramai mana manusia yang menghargai masa yang telah diberikan...adakah mereka menggunakan secara sambil lewa atau menggunakannya dengan sebaik mungkin?..tepuk dada tanya iman..

masa itu ibarat jual beli...bila kamu bijak mengatur kamu akan perolehi keuntungan..bila kamu leka dalam khayalan..kamu rugi di kemudian hari..hidup ini senantiasa ada kos lepas yang perlu dihadapi..kamu impikan sesuatu..oleh itu kamu harus lepaskan sesuatu..bukan semua benda yang kita nak kita boleh dapat..kamu nak keuntungan maka ucapkan selamat tinggal pada kerugian..kamu nak hidup dalam realiti..ucapkan selamat tinggal pada angan2..

sesungguhnya angan2 itu pembunuh masa..jangan terlalu banyak membayangkan sesuatu yang belum tentu pasti..sekiranya kamu mahu...atur strategik daripada sekarang..itu bukti kesungguhanmu..

sekiranya apa yang kamu hajatkan itu tidak dipenuhi oleh ALLAH SWT...bersangka baiklah padaNYA..pasti ada hikmah tersembunyi...kadangkala persolan kenapa itu selalu menerpa dalam fikiran.."kenapa dia dapat..tapi aku tak dapat".."kenapa dia banyak kelebihan tapi aku ALLAH SWT kurangkan?"..sedangkan amal aku lebih banyak dari padanya..."

AWAS!!!...persoalan itu menunjukkan ada kekurangan dalam perbuatan kamu...iaitu IKHLAS...kamu lakukan bukan kerana ALLAH SWT...terdapat kesilapan yang nyata di situ..kerana ALLAH SWT sayang maka dia beri petunjuka agar kamu tahu apa itu IKHLAS..wahai hati luruskan niatmu sayang..kerana aku impikan cinta dan kasih sayang ALLAH SWT..

duhai hati yang sayu...jangan kau mudah terpedaya pada janji si penggoda..
duhai hati yang longlasi...jangan kamu mudah percaya pada nafsu si pendusta..
duhai hati yang rapuh..jangan kamu mudah tunduk pada angan2 palsu..
duhai hati yang lemah..jangan kamu mudah menyerah kalah pada putus asa..

duhai hati...kamu kena kuat demi cinta ALLAH SWT..
duhai hati...kamu kena mantap demi ikhlas pada ALLAH SWT..
duhai hati....kamu kena teguh demi rindu Rasulullah saw..
duhai hati...kamu kena perkasa demi melawan riak yang menjadi penghalang kepada keikhlasan..

duhai hati..duhai hati...jangan mudah bersangka buruk kepada ALLAH...kerana ALLAH SWT terlalu sayang..terlalu cinta..maka DIA berikan petunjuk..maka DIA berikan ujian..maka DIA berikan kesusahan..kerana mahu melatih kamu menjadi lebih kuat..menjadi lebih perkasa..

duhai hati...letakkan ALLAH SWT sebagai raja di hatimu..

hati yang baik..maka akan menjadikan semua juga baik...

bersangka baik pada ALLAH SWT..maaf atas khilaf diri..maaf atas keterlaluan sikap ini..kerana aku buta..kerana aku tuli..kerana aku tidak peka..maka YA RABBku...bimbing hati ini ke arah cinta dan rahmatMU..aamiin..

^_^ YA ALLAH SWT..sungguh aku ingin jatuh cinta padaMU..maka permudahkanlaj niat ku...

Selasa, 19 Mac 2013

KERANA SABAR ITU INDAH~

assalamualaikum..

kesabaran seorang manusia punya limit yang tersendiri..yang control adalah akal..bukan hati..kerana ikut hati akan binasa..ikut akal akan dipertimbangkan baik buruknya..berdepan dengan manusia yang perlbagai perangai dan cara ajar saya apa itu sabar...

dan baru saya ketahui betapa indahnya sabar itu..bila kemarahan dikawal dengan zikrullah buat saya rasa semakin dekat dengan ALLAH SWT..wajarlah ayat yang selalu kita dengar...sesungguhnya ALLAH SWT bersama-sama dengan orang yang sabar..

kalam ALLAH SWT yang menenangkan jiwa buat kita berfikir dengan lebih rasional..sebelum kita letakkan kesalahan ke atas orang lain..letakkan dulu kesalahan itu ke atas diri kita sendiri..menyalahkan orang lain akan menyebabkan kita memperolehi kerugian semata2..malah menjadikan kita manusia yang ego akan diri sendir..ego di mana..tidak mahu terima kenyataan bahawa kesalahan itu sebernarnya berpunca dari kita..

tetapi manusia yang meletakkan kesalahan itu ke atas dirinya sendiri akan muhasabah diri untuk memastikan kesilapan yang sama tidak akan berulang lagi..mereka juga akan lebih melihat kepada perlunya untuk perbaiki diri sendiri..sabar mengajar kita untuk jadi lebih kuat,berfikir dengan lebih jauh..dan paling penting sabar mengajar kita untuk lebih dekat dengan ALLAH SWT...jangan hanya kerana menguasai diri..persahabatan yang terjalin begitu lama rosak dan putus hanya kerana pekara yang berlaku hanya sesaat..

^_^ hari ini baru tahu hebatnya sabar...ALLAH SWT merupakan guru yang terhebat..kerana sentiasa memberikan saya situasi untuk belajar sesuatu yang baru..kepada manusia itu...terima kasih kerana menguji kesabaran saya...kerana sebab kamu...saya tahu yang SABAR ITU INDAH..dan ALLAH SWT itu guru yang hebat...mohon dipermudahkan oleh ALLAH SWT dalam urusan yang mendatangkan kebaikan utk diri ini,dunia akhirat dan agama..:)

Isnin, 18 Mac 2013

IKHLASKAN DIRI..

ASSALAMUALAIKUM..

dalam hidup ini ada pekara yang kita suka dan pekara yang kita benci..lumrah hidup manusia yang suka dan benci akan sesuatu itu..setiap kali ada pekara yang membuatkan kita marah kita akan tidak puas hati dengan semua pekara..kita akan lebih mudah untuk meletakkan kesalahan itu ke atas orang lain hanya kerana untuk terlepas dari dari bersalah terhadap diri sendiri..pekara pertama yang perlu diubah ialah sikap..

sikap dan perlakuan dari diri kita dibentuk dari akal dan hati..acap kalai kedua-dua element ini sehaluan..kata hati lain..kata akal lain..kadang2 akal sudah beri arahan untuk stop tapi kerana ikut hati diteruskan jua..hati lebih didorong dengan nafsu..so awas setiap kali ingin mulakan perlakuan...

orang yang berjaya sentiasa hampir dengan displin..mendisplinkan diri akan menyebabkan masa yang diberikan akan menjadi lebuh teratur..24 jam masa yang diberikan akan digunakan sebaik yang mungkin..dalam 24 jam itu juga orang yang berdisplin mampu bahagikan masa untuk dunia dan untuk akhirta..

setiap kali rasa masa yang diberikan kurang..kita kena check balik niat dan perlakuan kita..pasti ada terselit kesilapan di mana2..contoh terhampir adalah diri ini..pabila kerja yang dilakukan tidak memuaskan hati yang lain kita mula menyalahkan mereka..padahal niat saya yang salah...saya lupa letak ALLAH SWT dalam niat saya..yang saya tahu kerja yang perlu diselesaikan secepat yang mungkin..akibatnya..semakin banyak pekara yang perlu diperbetulkan dan saya berasa sangat penat..

bila usaha tanpa ALLAH SWT..hanya penat yang diperolehi..sesuatu yang dilakukan kerana ALLAH SWT..kita akan merasai manisnya perlakukan itu..dan penat tidak akan hampir kepada kita tetapi kepuasan..

displin..itu yang masih belum saya capai..saya menzalimi masa yang telah ALLAH SWT berikan kepada saya...yang ini kesilapan yang saya perlu ubah..moga ALLAH SWT permudahkan... :)

^_^ wahai masa..maafkan saya kerana menzalimi kamu...saya cuba untuk gunakan 24 jam nie untuk dunia dan akhirat saya...mohon ALLAH SWT permudahkan..aamiin...~

Khamis, 14 Mac 2013

kerana takdirnya terlalu indah..

assalamualaikum duhai hati...

setiap hari, diri kita dijaga dengan baik oleh Allah swt...seperti satu ayat ini..Allah swt menutup aib hambanya..sekiranya Allah swt membiarkan aib kita..nescaya segala kesalahan kita dapat dilihat oleh orang..baiknya Allah swt pada kita..

kerana takdirnya terlalu indah maka redhalah dengan apa jua yang ditentukan oleh ALLAH swt..ingatlah bahawa perancangannya jauh lebih hebat dari perancangan kita...segempak mana kita merancang...sebaik mana kita mengatur tak kan mampu nak lawan perancangan superb ALLAH SWT untuk kita...

ALLAH SWT menguji kita bukan kerana benci...tetapi sebab ALLAH SWT terlalu rindu akan doa dan rintihan dari hambaNYA...ALLAH SWT rindu akan keimanan dan kecintaan hambaNYA kepadaNYA...sedang kita leka dengan dunia..jangan lupa ada ALLAH SWT yang sedang memerhati kita...

sekiranya kamu berasa selamat kerana ada seseorang yang sentiasa di sampingmu..kamu kena ingat juga..sampai satu saat seseorang itu tiada...siapa penyelamat kamu?...ALLAH SWT sebaik2 penjaga...mohonlah pada ALLAH SWT..bukan pada manusia..

sepanjang hidup ini...kesemua takdir yang diberikan olehNYA..ternyata punya seribu satu keindahan yang tak mampu nak diunggkap...pada mulanya kita mengeluh...tetapi akhirnya...kita akan tahu sebaik2 perancangan ALLAH SWT...tersusun cantik hanya untuk hambaNYA...

Di dalam sebuah buku karya, Amru Khalid iaitu Ibadah Sebening Hati terdapat suatu kisah yang menyentuh rasa hati saya.
Suatu hari, Amru Khalid telah bertemu dengan sekumpulan golongan remaja. Beliau terfikir suatu bentuk persoalan untuk sembang-sembang santai bersama mereka.

first time baca cerita ini..hati sangat2 sentap..dalam banyak nikmat yang ALLAH SWT bagi...saya lupa pada nikmat yang jauh lebih hebat ini..
credit to http://langitilahi.com/12045 

“ Saya ingin mengajukan satu permainan berbentuk soalan kepada kalian,” Soalnya.

“ Apakah nikmat yang paling besar dan kalian paling hargai di dalam kehidupan ini,” Beliau bertanyakan soalan kepada mereka.

Ada yang menjawab dengan penuh yakin. Ada yang kelihatan teragak-agak . Pelbagai jawapan dan ucapan.

Ada yang menjawab : “ Nikmat kehidupan”
Ada juga menyebut : “ Nikmat Iman dan Islam”
Tidak kurang juga, ada yang menyatakan : “Nikmat belajar dan ilmu”
“ Dan pelbagai lagi.”

Kemudian, seorang pemuda memberi jawapan yang menyentuh hati Amru Khalid :
“ Nikmat Allah SWT yang sangat berharga dan besar bagi saya ialah nikmat Allah SWT sebagai Rabb saya.” Jawabnya tenang.

^_^ ya ALLAH SWT...MU nikmat terindah...nikmat terhebat...nikmat teragung..

hati saya...hak milik mutlak ALLAH SWT...bimbinglah hati ini ke dalam dakapan cintaMU..ke dalam pelukan rindu Rasulullah saw.. aamiin~

Rabu, 13 Mac 2013

duhai hati bersabarlah...

assalamualaikum duhai hati yang dirindui ALLAH SWT...

semua yang dilakukan bermula daripada hati...hati yang rapuh kerana niatnya tidak meletakkan ALLAH SWT sebagai yang utama..walaupun sekecil mana niat yang ingin kita lakukan..pasti selitkan kerana ALLAH SWT...kerana ALLAH SWT menilai kamu...dan pernilaian dariNYA yang menentukan di mana kedudukan mu kelak...kadangkala bila melakukan sesuatu itu kita dah rasa cukup ia hanya ALLAH SWT..tetapi beberapa detik kemudian ia menjadi niat untuk pekara yang lain...

ada seorang sahabat pernah menyatakan bahawa hati manusia amat mudah lalai...dan ia perlu sentiasa diingatkan berulang kali agar niat itu tidak tersasar..sebelum melakukan sesuatu kita perlu remind diri kita untuk apa kita lakukan...sedang kita lakukan sesuatu itu..remind lagi hati kita untuk apa kita lakukan itu..dan apabila menyudahi sesuatu itu..remind lagi sekali untuk apa kita lakukannya..yang pasti..ALLAH SWT yang pertama...

sentiasa ingatkan hati kita agar jangan mudah lalai..

cinta itu indah..kerana itu ia sentiasa berlegar2 di sekeliling kita..adakah perlu kita menyahut cinta itu?...itu terpulang kepada hati...tanya pada diri untuk apa kamu menyambut cinta itu..untuk apa dilayan cinta itu..adakah ALLAH SWT termasuk dalam cerita cinta itu?...sekiranya tidak...tinggalkan sahaja dahulu cinta itu...carilah cinta ALLAH SWT...belajar cinta kepada ALLAH SWT...nescaya kamu akan perolehi semua cinta yang ada..

sekiranya kamu inginkan cinta...pintalah pada yang mengurniakan cinta itu iaitu ALLAH SWT...pintalah untuk mencintaiNYA setulus hati...tiada istilah yang cinta tidak boleh dipaksa...kerana cinta boleh dipupuk...oleh itu pupuklah cinta kepada ALLAH SWT...ada sebab kenapa ALLAH SWT belum mendatangkan cinta yang kita mahu..kerana takut andai cinta itu hadir...kita mudah alpa pada cinta kepada ALLAH SWT..

duhai hati...bersabarlah...belum tiba masanya lagi..belum tiba detiknya lagi..ALLAH SWT belum mengizinkan hatimu lagi..saya, kamu dan kita semua hak milik mutlak ALLAH SWT...oleh itu teguhkan cinta keada ALLAH SWT terlebih dahulu...bila cinta kepada ALLAH SWT semakin kuat...sebarang cinta yang hadir tidak akan mampu melawan cinta kita kepada ALLAH SWT...insyallah..ALLAH SWT cintakan hambaNYA..kenapa kita tidak boleh membalas cinta ALLAH SWT...kena semak balik hubungan kita dengan ALLAH SWT...

bersabarlah...menanti dalam mujahadah..menunggu dalam ibadah..merindu dalam doa...

ALLAH SWT nak bagi kejutan kepada hambaNYA...ia akan hadir di saat yang kamu tidak sangka..so nantikan suprise dari ALLAH SWT...sebelum itu..pupuk cinta kepada ALLAH SWT..bina tembok iman yang kuat...bina dinding istiqamah yang tebal..bina bumbung taqwa yang utuh...

^_^ duhai cinta...jangan berlagar di sini...duhai angan2 yang bermain2 disekelilingku...duhai rindu pergilah ke dalam dakapan doa..duhai realiti datanglah untuk menyedarkan aku yang sedang lena..duhai cinta..pupuklah diriMu untuk ALLAH SWT...

duhai hati..bersabarlah..masih belum masanya...teruskan menanti suprise dari ALLAH SWT :)

Selasa, 19 Februari 2013

assalamualaikum...

1+1 bukan 2 tapi luar biasa..bila keseorangan kekuatannya hadir dari diri kita sahaja..tetapi bila kita bersatu dengan yang lain ketahuilah bahawa kekuatan yang luar biasa akan hadir di situ..bila kita jatuh..akan ada membankitkan diri kita semula..tatkala kita sedih..akan ada yang menyapu air mata itu..tatkala kita susah..akan ada yang menghulurkan bantuan..tatkala kita gembira..akan ada yang sentiasa mendoakan kita agar ALLAH SWT megekalkan kegembiraan buat kita...berbeza bila kita berseorangan dengan punya teman di sisi..ALLAH SWT itu MAHA KAYA...DIA menghadirkan insan2 yang teristimewa dalam hidup kita agar kita tak sunyi..agar kita tak tewas...siapalah kita tanpa mereka...dan siapalah kita tanpa ALLAH SWT..fikir..renung..dan dalaminya~

^_^ love u more and more ALLAH SWT...kekuatan itu hadir kerana-MU...dan biarlah ia terus mengalir kerana-MU jua...the battle is begin~


manusia bebas merancang dan memilih pekara yang disukai oleh mereka..memang lumrah seorang manusia yang sentiasa ingin melakukan pilihan yang terbaik dalam hidup mereka..saya pasti ramai yang pernah merasai peristiwa ini dalam hidup mereka di mana...kita telah merasakan pilihan yang kita lakukan itu adalah yang terbaik tetapi ia tidak diizinkan oleh ALLAH SWT..tetapi bila satu ketika kita akan mengetahui bahawa sebenarnya itu bukan pilihan terbaik untuk diri kita...

ALLAH SWT knows better than others..segempak mana pun manusia merancang..aturan ALLAH SWT lebih hebat dari segalanya..siapalah kita tanpa ALLAH SWT...begitu istimewanya kita...tetapi masih ada lagi yang buta untuk menilainya..manusia yang menyalahkan takdir adalah manusia yang tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah di berikan oleh ALLAH SWT kepada dia..dugaan itu umpama satu warna yang akan menceriakan perjalanan hidup seorang manusia..

dugaan itu akan mematangkan pemikiran manusia..akal akan mencerna setiap satu pekara yang terjadi dalam hidupnya..agar yang mana salah tidak akan diulangi lagi dan yang betul dijadikan panduan untuk seterusnya...

hidup di dunia tidak mudah..kena menjadi insan yang kuat..dan kekuatan itu datang dari iman...di mana iman yang menjadi raja dala hati...

-DISPLIN-ISTIQAMAH-NEVER GIVE UP..

TERUSKAN TERSENYUM KERANA YANG TERTULIS OLEH ALLAH SWT...ITU YANG TERBAIK UNTUK KITA HAMBANYA..~

Sabtu, 16 Februari 2013

SEM BARU..

assalamualaikum...

hari ini dengan rasminya aku menjadi pelajar tahun kedua semester ke-4...sekejap sahaja masa berlalu..rasanya mcm baru je semalam jejak kaki kat sini..macam baru je semalam kenal dengan sahabat2 yang cantik2 dan baik2 semua...

pengalaman di sini membantu aku untuk lebih memotivasikan diri..macam kebanyakkan orang cakap...harga untuk sesuatu pengalaman itu bukan murah bahkan terlalu bernilai untuk dijadikan barang dagangan..walaupun pengalaman itu kadangkala memeritkan tetapi ia bukan penghalang untuk kita sebaliknnya pengalaman itu yang perlu kita hadapi..face it!

ya..pengalaman gagal itu bukan suatu pengalaman yang semua orang nak..termasuk diri ini juga..tapi inilah kali pertama aku berasa redha dengan apa yang ALLAH SWT telah berikan...ALLAH SWT berikan ujian kerana DIA ingin kita semakin menghampiriNYA..bukan semakin menjauhiNYA..bak kata lecture aku...pointer is just the number...apa yang penting pengalaman dan ilmu yang kamu perolehi..use it!

hidup di universiti bukan hanya sebagai pelajar..tetapi insan2 ini jugalah yang menjadi khalifah..bagi aku universiti merupakan medium terbaik untuk berdakwah..seorang sahabat aku ada cakap..study nombor 1 dakwah bukan nombor 2...dakwah dan belajar perlu seiring bersama..

moto aku untuk sem 4..

-DISPLIN-ISTIQAMAH-NEVER GIVE UP-

^_^ ALLAH SWT is around me...always with me every second...and i put all my trusted on ALLAH SWT..because just ALLAH SWT knows better than others..just walk..smile..everythings will be ok..and I know it..!


Khamis, 24 Januari 2013

takut lalai yang semenatara menjadi kekal selamanya...

assalamualaikum duhai hati-hati yang mandambakan cinta...

umur yang semakin meningkat menambahkan kematangan dalam berfikir tentang kehidupan..yang dahulunya dirasakan tidak perlu terasa amat diperlukan dalam hidup pada hari ini...kadangkala aku tertanya-tanya kenapa ALLAH SWT munculkan seseorang itu dalam hidup ini...kenapa ALLAH SWT biarkan mata ini memandang pada sesuatu yang tidak ingin aku pandang...

apa yang aku tahu..setiap yang ALLAH SWT hadirkan dalam diri ini kerana sayangnya ALLAH SWT terhadap aku...cinta datang dan pergi kerana ALLAH SWT ingin memberitahu pada diri ini..tiada yang yang lebih kekal selamanya melainkan cintaNYA kepada aku...tiada rindu yang lebih hebat melainkan rindunya Rasulullah SAW terhadap diri aku..

bila terbaca kisah saat Rasulullah SAW di akhir nafas baginda...terasa menitis air mata ini mengenangkan baginda...YA ALLAH..rindunya pada Rasulullah SAW..

sejak dua menjak ini..kepala ini selalu sangat berfikir pada pekara yang tidak perlu...rasa macam nak menjerit bila fikirkan semua itu...tetapi...aku sedar..yang ini hanya ujian dari ALLAH SWT...ujian ini kecil jika nak dibandingkan dengan ujian yang telah ALLAH SWT timpakan pada saudara2 ku di luar sana..

apa yang aku takutkan adalah...aku takut angan2 akan membawa aku kepada kelalaian yang panjang...takut angan2 ini akan sama2 membawa pergi cinta dan rindu aku pada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW..akan memudarkan istiqamah aku..akan mengurangkan iman yang sedia ada telah longlai..kebergantungan aku hanyalah pada ALLAH SWT..moga2 apa yang aku takuti dijauhkan dari diri ini..

aku akan cuba sedaya dan uapaya untuk memastian segala yang membelenggu diri ini pergi buat selamaya...moga ALLAH SWT permudahkan aamiin..

aku ingin hidup dalam realiti kerana cinta ALLAH SWT berada disitu..aku ingin tinggalkan angan2 kerana takut diri terus alpa..sebelum terlewat..biarlah aku melangkah pergi meninggalkan daerah angan2 ini...semoga daerah realiti menerima kehadiran aku yang terlewat sampai ini...aamiin..

wassalam...

Sabtu, 5 Januari 2013

aku cinta padaMU..

assalamualaikum...

wow...tak pernah2 dok nak cita benda2 macam niekan....hohoho...just simple things...saya dikelilingi oleh mereka yang bercinta...dah tentu tak nak ketinggalan juga bukan....bila kita bicara soal cinta...orang akan bayangkan kisah drama cinta teruna dan dara..ok..mulai saat ini ubah pandangan itu ok...ini kisah cinta antara seorang HAMBA dan TUHAN..ALLAH SWT....

orang kalu bercinta semuanya indah..kan2...tapi cinta dengan ALLAH SWT lagi indah2kan....selalunya mereka akan kata kekasih saya sweet....ehem2....kekasih saya pun sweet juga..lagi sweet...satu hari 5 kali kol saya...kadang2 tue lebih dari 5 kali...kalau satu hari tak dapat jawab kol dia...YA ALLAH...rindunya....

it is hard to love ALLAH SWT..sebab kita tak nampak...itulah uniknya cinta ALLAH SWT kepada hambaNYA..hanya hambaNYA yang benar2 percaya akan kewujudannya akan merasai hadirnya cintaNYA...macamana?..dengan rasa bersyukur...segala yang kita dapat hari ini bukti wujudnya ALLAH SWT...tak cukupkan dengan semua yang ada di langit dan di bumi ini sebagai bukti kekuasaaNYA yang tiada tolok bandingannya....

kalau tak nampak yang tue....lihat sahaja pada diri kita..betapa ALLAH SWT sayang akan kita...kita masih lagi diberikan nyawa untuk hidup pada hari ini..masa diberi kemampuan untuk melakukan apa yang kita sukai...tatkala kita susah...pertolongan ALLAH SWT yang akan sampai dulu kepada kita...disaat kita ditimpa masalah...penyelesaiannya ALLAH SWT berikan pada kita...

kita bangga dengan komunikasi tanpa wayar pada hari ini..sedangakan kita jua berhubung dengan ALLAH SWT tanpa wayar....dengan DOA....walaupun hanya dengan kata-kata...hanya dengan niat...ALLAH SWT maha mengetahui apa yang tidak kamu ketahui...kadang-kadang kita tidak terfikir pun benda itu baik untuk kita...setelah beberapa detik barulah kita nampak akan hikmahnya..

biar balutan hadiah tidak cantik asalkan isi di dalamnya berharga...biar ujian ALLAH SWT datang menerpa diri asalkan kita kuat untuk menghadapinya dengan penuh keimanan dan ketaqwaan...kerana insyallah..ada ruang untuk kita di syurgaNYA...

^_^ ujian dariNYA tidak punya buku laporan...yang hanya ada buku amalan....moga ALLAH SWT permudahkan segalanya...aamiin..


kita boleh cakap pada orang yang kita cinta...yang kita sayang dan cintakan dia...tentu pada ALLAH SWT pun kita boleh lafazkan macam tuekan...

YA ALLAH SWT...AKU MENCINTAIMU...MERINDUIMU...MENDAMBAKAN RAHMATMU... ^_^....mesti ulang byk kali dalam hati...agar kita boleh mencintai ALLAH SWT melebihi segalanya yg ada di dunia ini...ingat...kerana sayang pada dunia..kita perlukan tinggalkannya satu hari nanti..kerana yang MAHA KEKAL menanti di sana..~