Ahad, 16 Disember 2012

SEMOGA AWAK TERUS ISTIQAMAH..

assalamualaikum duhai hati-hati yang merinsui ALLAH SWT..

sekian lama menyepi tenggelam dengan timbunan asiggment yang banyak..Alhamdulliah ALLAH SWT permudahkan urusan aku....semuanya berjaya disiapkan dengan kemudahanNYA....

hati yang semakin menjauh dari ALLAH SWT....pekara yang selalu dibuat dahulu kini jarang sekali dilakukan...betapa aku rindu akan semua itu..tapi apakan daya...kekuatan itu berkurangan dari sehari kesehari...entah apa puncanya...aku jua tak mengerti...andai aku mampu mengembalikan kekuatan itu~...insyallah...ALLAH SWT..akan permudahkan...

tajuk itu merupakan doa dari naqibah aku...masuk hari ini sudah 2 kali doa itu dikhabarkan kepada aku...ALLAH SWT maha mengetahui...betapa iman aku dalam keadaan tunggang langgang sekarang ini...mungkin kerana terlalu banyak berangan-angan kosong sehingga memberikan kesan kepada amalan aku..

sebaknya hati tatkala doa itu dinyatakan kepada aku..ternyata betapa ALLAH SWT sangat sayang kepada aku....betapa ALLAH SWT tersangat cinta akan diri ini...ALLAH SWT merindui amalan-amalan yang telah aku tinggalkan...mohon ALLAH SWT permudahkan urusan aku...dunia dan akhirat aku..

aku akui..aku belum cukup beriman dan bertaqwa...dan aku tak layak untuk disayangi oleh ALLAH SWT...tetapi cinta ALLAH SWT itu sangat luas...yang pasti ada terselit cinta untuk semua hambaNYA...semua hamba ALLAH SWT disayangi olehNYA...kalau tidak...kenapa kita masih diberi peluang untuk hidup pada hari ini....kerana ALLAH SWT menunggu balasan cinta dari hambaNYA...YA ALLAH ...permudahkan aku untuk membalas cinta kepada-MU..

"Dan apa saja (kesenangan di dunia) yang diberikan kepada kamu, maka itu, adalah kesenangan hidup duniawi dan perhiasannya, sedangkan apa yang ada di sisi Allah adalah lebih baik dan lebih kekal..tidakkan kamu mengerti? "


surah Al-Qasas : 60

itu ayat yang ALLAH SWT gerakkan hati aku untuk membacanya...betapa tersentap hati aku...selama ini terlalu banyak dunia yang aku kejar...sehingga lupa pada yanag MAHA KEKAL menanti di sana....

YA ALLAH..kuatkan diri aku..teguhkan hati aku...mantapkan iman aku...jangan biar angan-angan menguasai hati dan akal aku..jangan biar aku terleka dengan duniaMU yang sementara....lindungi hati aku daripada zina...hasad dengki...riak..lindungi akal aku dari angan-angan kosong dan pekara yang tidak berfaedah...sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan diri dan kemalasan..aamiin~

" biarkanlah mereka ( di dunia ) makan dan bersenang-lenang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka itu"

surah Al-Hajr: 3

Khamis, 22 November 2012

KERANA ALLAH SWT SAYANG..

ASSALAMUALAIKUM WAHAI HATI2 YANG RINDU ALLAH~..

alhamdullilah 20 tahun hidup di bumi Allah SWT dengan aman damai...lebih indah...kerana hidup ini senantiasa diselubungi dengan keredhaan ALLAH SWT....rasa bersyukur sangat kerana menjadi antara hambaNYA yang sangat bertuah kerana masih diberikan kesempatan untuk hidup sehingga hari ini..Alhamdullilah...

manusia tidak akan terlepas daripada melakukan apa jua kesalahan...sama ada disedari atau pun tidak...kadangkala bila orang beritahu barulah kita tahu bahawa kita telah menyakiti hati insan disekeliling kita...manusia dan kekhilafan tidak dapat dipisahkan...memang lumrah manusia akan melakukannya...tetapi kita tidak akan terlapas jua untuk memohon kemaafan...

insan-insan yang pernah hadir dalam diri ini akan senantiasa kekal dalam lipatan memori...insyallah...mereka hadir bukan hanya sekadar seperti laluan angin...tetapi hadir mereka membawa pelbagai pekara yang baru dalam hidup kita..mungkin nampak seperti kita melupakan mereka..tetapi kita tidak tahu sejauh mana mereka sentiasa mengingati kita dalam setiap doa mereka...

siapa kita untuk mengadili manusia lain...kita nampak luaran tetapi dalamannya....tiada siapa yang tahu...mungkin kita tidak tahu...tapi kita dapat merasainya...dengan izin ALLAH SWT...ya...hati ini satu organ yang sangat unik daripada ALLAH SWT...kerana ianya kecil....di dalam badan kita...tetapi dengan izinNYA....dalam hati ini mengandungi pelbagai perasaan yang kita sukar untuk tafsirkan dengan kata-kata..

kerana perasaan dalam hati ini...walaupun jauh....kita masih merasai mereka ada dengan kita...kerana memori itu...tersimpan kemas....saya rindu mereka..tapi tak mampu nak bagi tahu....DOA...itu adalah satu-satunya medium yang mendekatkan kita dengan mereka...melalui perantaraan ALLAH SWT..


kerana DOA....kerana ada ALLAH SWT....sampaikan salam kerinduan dari diri ini kepada mereka yang pernah hadir dalam diri ini...dan insyallah akan sentiasa dalam hati ini....ruangan dalam hati...ALLAH SWT...telah jadikan ia sebagai unlimited....penuhi ia dengan kasih sayang dan cinta...bukan dengan kebencian...bukan juga dengan hasad dengki...

semoga mereka..sentiasa disayangi dan dilindungi oleh ALLAH SWT.....aamiin..

wassalam



Ahad, 4 November 2012

selamat tinggal angan-angan..selamat datang realiti



Assalamualaikum…
Angan-angan  itu disukai oleh manusia kerana kita membayangkan sesuatu yang kita impikan walaupun tidak menjadi realiti.  Kerana angan-angan juga manusia acap kali terleka di mana kita berada sekarang.  Memang indah dengan angan-angan, tetapi lebih indah jika kita berusaha untuk merealisasikannya dengan cara yang betul dan mengikut syariah Islam yang tercinta.  Tidak salah untuk berangan-angan tetapi sekiranya terlebih dos kelak binasa diri, kadangkala kerana angan-angan kita lupa pada masa seiring berjalan pantas.  Ingatlah wahai teman, masa tidak akan menunggu kita, sebaliknya akan berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan kita yang kian alpa.

Masa itu lebih berharga daripada emas, kita mampu untuk membeli jam tangan yang berharga ribuan ringgit, tetapi kita kena sedar yang kita tidak mampu untuk membeli waktu.  Sedangkan kita juga ketahui bahawa

Pekara yang paling jauh dari manusia adalah masa lampau, dan pekara yang paling dekat dengan manusia adalah kematian.

Tetapi hakikat sebenarnya kita masih lagi terkejar-kejar masa lalu, dan berlari dari kematian.  Dan realitinya, kematianlah yang sentiasa berada di samping kita.  Masa yang telah berlalu tidak akan datang kembali, tetapi janganlah kita sia-siakan masa akan datang.  Seharusnya kita berasa bersyukur kerana masih diberikan nyawa oleh ALLAH SWT untuk terus hidup disamping  mencari bekalan untuk akhirat kelak.  Dan masa yang diperuntukkan digunakan untuk bertaubat mohon keampunan kepada yang MAHA PENGASIH..

Pintu apakah yang luas terbuka, jawapannyya adalah pintu taubat

Maha suci ALLAH SWT, sayangnya ALLAH SWT kepada kita kerana masih beri kesempatan  kepada kita pada hari ini untuk bernafas dan bernyawa.  Kerana apa? Untuk menjadi hambaNYA yang setia CINTA  hanya kepadaNYA yang SATU.  Kenapa tidak kita angan-angankan diberikan ruang di SYURGA kelak, ayuh realisasikannya.  Dengan menghargai masa dan menggunakannya dengan secara berhikmah, gunakan dengan cara yang betul. Hargailah ALLAH SWT..hargailah nikmat ALLAH SWT..jom kita kita hidup dalam realiti,tinggalkan angan-angan yang tidak berfaedah. 

Manusia merancang dengan cita-cita….tetapi ALLAH SWT merancang takdir kita di dunia realiti ini dengan CINTA….

Demi cinta aku kepada ALLAH SWT…
            Aku harus perkuatkan diri aku untuk melawan hasutan nafsu dan syaitan..
Demi cinta aku kepada Rasulullah saw..
            Aku harus pegang utuh pada sunnagnya..
Demi cinta aku kepada Al-quran..
            Aku perlu rajin membcanya dan mendalami kalamNYA yang indah ini..
Demi cinta aku kepada imu..
            Aku perlu berusah untuk mengumpul dan mempelajarinya..
Demi cinta aku kepada ibu bapa..
            Aku perlu sentiasa taat serta sentiasa mendoakan mereka..
Demi cinta pada saudara-saudaraku..
            Aku harus bersama mereka tatkalan sedih dan tawa..
Demi cinta pada syurga ALLAH SWT..
Aku perlu berusah sedaya yang mampu untuk mengikhlaskan diri dalam setiap amalan yang aku sandarkan hanya kepadaNYA..
Demi cinta kepada dunia..
            Aku perlu melepaskannya dan meninggalkannya satu saat nanti…

KERANA YANG MAHA KEKAL MENANTI DI SANA~insyallah

Pilihan di tangan kita…usaha cara kita…mohon ALLAH SWT permudahkan segalanya…aamiin…

teruskan tersenyum...kerana di situ permulaan kepada kekuatan yg kuat~

Khamis, 17 Mei 2012

hati...kena kuat!!!!

dengan nama Allah swt yang maha menyebarkan cinta...

assalamualaikum...

blog nie bukan sekadar dah bersarang, rasanya labah2 pun sesat kalau masuk blog nie...dah lama sangat tak singgah...asyik singgah blog orang lain je...tinggal beberapa minggu je lagi nak masuk musim final....lepas tue akan cuti untuk 2 bulan lebih...termasuklah musim puasa dan raya...rindu pulak dengan suasana berpuasa masa kat matrik dulu....seronok dapat berbuka dengan kawan2....berbuka dengan keluarga...

simpan niat dalam hati nak terawih penuh insyallah...ada satu petikan ayat dari seorang penulis buku motivasi..

"kekuatan itu bermula dari hubungan kita dengan Illahi"

tautan hati pada Allah SWT itu memberikan kita satu kekuatan yang luar biasa...hati yang dekat dengan keredhaan Allah SWT....akan kuat dalam menempuh segala dugaan dan cabaran dalam hidupnya insyallah...ujian yang mendatang..walau sebesar mana sekalipun...takkan menjadikan hatinya gentar..kerana dia tahu..dia mempunyai tuhan yang MAHA BERKUASA...hatinya tahu bahawa Allah SWT sentiasa ada...dan dia tidak perlu takut pada apa yang di hadapannya..

sebaliknya hati yang lemah..akan sentiasa menyalahkan takdir yang telah ditetapkan olehnya....hasutan syaitan menutup matanya daripada melihat akan kebaikan di sebalik takdir yang tercipta khas untuknya...

Kita perlu tahu,,dan tanamkan dalam hati..setiap yang datang daripada ALLAH SWT..merupakan satu medium untuk hati kita yang semakin rapuh menjadi lebih kuat dan tegar dalam hidup....satu lagi petikkan ayat dari penulis buku motivasi yang sama..

kita mengadu hati dan iman kita rapuh dan lemah....tetapi kita tidak pernah berusaha untuk menguatkan ianya...

situasi ini samalah seperti kita merancang untuk berjaya...tapi tidak laksanakan apa yang dirancang....hasilnya....tiada apa2 akan berlaku....mungkin setiap hari hati kita mengadu pada ALLAH SWT....bahawa betapa lemahnya iman dan hati kita dalam ikhlas dan beristiqamah kepadaNYA...tetapi kita tidak pernah bertindak untuk menguatkan hati2 kita dan keimanan kita...niat dalam hati segalanya demi ALLAH SWT...tetapi kita tak kuat untuk laksanakannya...kita perlu bina satu medium yang akan mengerakkan kita untuk semakin hampir kepadanya..

" sesungguhnya ALLAH SWT tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..."

-surah al-Radh 13:11-

bertindak dengan menguatkan hati2 kita...agar iman kita sentiasa kental untuk terus beristiqamah kepadaNYA...

wahai kekasihku....mohon dipermudahkan segalanya...amin~

Khamis, 19 April 2012

dengan nama ALLAH SWT yang maha PENCINTA....

apa khabar hati dan iman kamu2 semua? moga2 senantiasa ikhlas dan beristqamah dalam menjalanlan pekara yang disandarkan kepada ALLAH SWT...insyallah....musim sibuk sedang melanda UUM kini....student2 sibuk dengan asiggment yang menggunung.....Alhamdullilah...ALLAH SWT sentiasa memudahkan urusan hambaNYA....walaupun sebanyak mana kami mengeluh....DIA tetap memudahkan urusan kami...terima kasih ALLAH....dalam bising2 akhirnya kami berjaya menyelesaikan assigment yang dikira paling mencabar dalam semester ini.

MEREKA PENAWAR SAYA...

kenapa aku jadi kuat untuk menyiapkan segala jenis macam asigment (buat masa nie...la...akan datang banyak lagi asigment)...kerana adanya ALLAH SWT.......DIA yang memudahkan segalanya....ALLAH anugerahkan aku sahabat2 yang sangat2 baik....kami sama2 stress...kami sama2 susah hati...tapi kami juga sama2 siapkan asigment...bila sorang hampir give up...yang lain akan menceriakan suasana agar give up itu pergi jauh2 dari kami...hidup dengan mereka...memang tak penah tak gelak...ada je pekara yang akan buat aku gelak...

mereka2 yang baik ini, kurniaan dari ALLAH SWT yang tak ternilai harganya...mereka lah yang aku ada di sini selepas jauh aku belayar dari umah nun jauh dari selatan...merekalah keluarga aku di sini...siapa sangka kami yang tak pernah kenal dulu..kini jadi sahabat yang paling akrab di sini...

RINDU JOHOR..

baru seminggu lepas balik Johor....tapi rasa macam dah lama tak balik...betul la orang kata...pergilah serata dunia sekali pun....rumah sendiri tetap yang terbaik.....kat rumah mak masak....pergi la restoran mana pown...tetap tak boleh lawan masakan mak....(itu kata aku...kata kamu?).....kat rumah la tempat kita sibuk nak manja2 dengan keluarga...(mengendik ngan keluarga sendiri tak pe ok!)...sebelum balik sibuk suruh mak masak itu ini...mak pun ikutkanlah kata anaknya yang sorang nie...apa pun mak...YOU ARE THE BEST.....sibuk nak ke sana ke mari...cari barang2....kakak2 aku la jadi mangsa....apa pun..koranglah KAKAK2 yang paling best...huhuhuhu...nasib baik cuti seminggu je...kalu tak...mesti ayah dah bawak pi pantai...mancing...huhuhhuhu....rindu!!!!...

tapi cuti seminggu...memang berbaloi untuk aku..dan tak sabar untuk menunggu next cuti....lagi 2 bulan kot....kejap je masa berlalu ( antara tanda2 kiamat kecik )....macam baru semalam aku masuk sem 2..sekarang dah nak habis pown....it's ok.....terus dan terus berusah...selagi ada daya dan upaya...selagi ada semangat...ALLAH SWT ada...sentiasa ada....dan akan kekal selamanya ada dengan kita...so....percayalah akan ALLAH SWT...nescaya kita sentiasa berani untk menghadapi cabaran akan datang...

PENUTUP : JIKA RASA RESAH

perasan resah memang tidak akan lari dalam hidup ini...sememangnya sejak azali perasaan itu akan ada dalam diri masing2....tetapi usahlah kita resah untuk hari yang mendatang..kerana DIA telah mengaturkan yang terbaik untuk kita...mungkin sekarang kita tidak nampak...tapi ketahuilah...saat kita menghadapnya...pada masa itu kita sudah pun banyak menyalahkan takdir...so sebelum menyalahkan takdir...simpan kata2 ini dalam hati...

manusia merancang masa hadapan dengan cita-cita dan angan-angan agar ianya menjadi realiti...
tapi ALLAH SWT menetapkan takdir untuk kita dengan CINTA.....CINTA yang mana akan membuatkan kita berasa apa itu bahagia....apa itu manisnya KASIH SAYANG ALLAH SWT...yang pastinya..ianya akan menjadi kenyataan..cuma waktu belum sampai..

takdir itu rahsia ALLAH SWT..siapa kita untuk meraguinya....siapa kita untuk mempersoalkanya..sedangkan DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk kita...lebih dari kita mengenali diri kita sendiri...so..put all your trusted on ALLAH...kita hanya mampu berdoa agar takdir yang telah ditetapkan untuk kita..akan kita terima dengan redha...dan ingatlah duhai sahabat...

tiada yang dapat mengubah takdir...kecuali dengan DOA

terima kasih ALLAH SWT..atas cinta yang terhebat..atas takdir yang terbaik yang telah deberikan kepada AKU...moga aku akan sentiasa beristiqamah...amin~

wassalam...jaga diri..jaga iman,,jaga kehormata...jaga hati...jaga pandangan...jaga akal..insyallah...

Ahad, 15 April 2012

PEMILIK CINTAKU SELEPAS ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW..

ASSALAMUALAIKUM.......

DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENCINTA.

alhamdullilah...hanya itu yang terdaya aku ucapkan sekarang...betapa besar kasih dan cinta ALLAH SWT pada aku....melindungi aku dri sebarang pekara yang dapat memudaratkan diri aku....tanpaNYA...aku hanya sifar...tanpaNYA..aku hanya patung tanpa roh di jasad....ajaibnya cinta dari ALLAH SWT...sehingga mampu untuk aku kelu seketika...tapi apa kan daya....diri masih punyai kelemahan yang nyata...masih belum mampu meraih keredhaanNYA..masih longlai dalam mencintaiNYA... sedangkan DIA..terlalu banyak menyebarkan cinta kepada aku...INSYALLAH...akan aku cuba untuk beristiqamah..moga ALLAH SWT membimbing hati ini...memimpin iman yang lemah ini...

"kenapa perlu mengejar pada cinta yang belum pasti...sedangkan cinta teragung di depan mata masih belum berjaya ku raihnya lagi"

persoalan dalam diri...jawapan pun dalam diri....terasa cukup sudah mengharap pada yang tak pasti...wakeup!!!!...kita hidup di dunia ini pun atas belas ihsan ALLAH SWT..sudah tentu hanya padaNYA tempat kita mencurahkan rasa cinta yang mendalam...insyallah...kalau dulu tercari-cari siapa pemilik cintaku selepas ALLAH SWT dan Rasulullah saw...sekarang sudah aku temuinya..maaf kerana lambat menyedari....terasa khilaf diri ini yang terlalu tinggi....

"pemilik cintaku selepas ALLAH SWT dan Rasulullah saw ialah keluarga aku yang membesarkan aku untuk lebih dari 19 tahun..."

 terima kasih mak ayah...along..angah...titie...dan my little ( and always be my little sister) yeyen...kerana menjadi pelengkap hidup aku untuk lebih dari 19 tahun ini....terima kasih belum cukup nak dibandingkan dengan kasih sayang yang dah tercurah untuk diri ini....tanpa mereka aku hanya manusia yang kosong tanpa cinta..tanpa kebesaran ALLAH SWT...tiadalah mereka untuk aku....tiada kasih sayang dari mereka untuk aku...thanks a very2 a lot ALLAH SWT...kerana kurniakan keluarga ini untuk aku..walaupun keluarga kami tidak kaya..tapi insyallah...kami kaya dengan kebahagian...amin..

^_^ proud to be a part from ABDULLAH BIN ABU family....

rindu Rasulullah saw tiada penghujunya.....cinta dari ALLAH SWT tiada tandingannya....insyallah..istiqamah................

Khamis, 29 Mac 2012

HANYA ALLAH SWT...

ASSALAMUALAIKUM...

aneh sungguh perasaan ini  tatkala mata hanya sekilas memandangnya...ternyata dia mempunyai aura yang tersendiri....serasa bukan hanya diri ini yang menyatakan begitu....mungkin kebanyyakan yang memandangnya akan merasakan pekara yang sama....

terasa diri kerdil dalam semua hal yang dilakukan...terasa malu dengan ALLAH SWT kerana masa yang dipinjamkannya banyak dibuang kepada pekara yang kurang bermanfaat...terasa diri ini cuai dalam menjaga hati..menjaga iman bahkan segala benda yang disandarkan kepadanya.....

cantiknya mereka yang bertudung labuh...tapi apakah daya...aku belum mampu untuk menlakukannya...tetapi aku yakin..bukan itu yang menjadi ukuran cinta kepada ALLAH SWT....mereka cantik....insyallah akhlak mereka juga akan seiring dengan labuhan tudungnya...

hebatnya mereka yang redha dengan ketentuanyaMU ya ALLAH....pasti mereka menjadi hamba-hamba kesayanganMU....kerana itu MU menduga iman mereka....

aku mengaku yang aku masih belum mampu untuk mencintai ALLAH SWT sepenuh hati, tetapi ketahuilah betapa aku menginginkan perasaan itu...aku hanya mampu buat apa terdaya oleh aku...aku hanya mampu lakukan setakat yang termampu oleh jasadku...tapi aku ketahui...kekuatan bukan datang dari fizikal...tapi dari dalaman...

jawapaMU ya ALLAH...akan aku tunggu..sehingga aku benar2 yakin.....tunjukkan jawapannya..agar aku tidak terus hanyut.....

i put all my trusted on you....because i believe you........

segalanya demiMU ya ALLAH......

Ahad, 18 Mac 2012

hati ini.........

assalamualaikum..........

hendak mengharungi dunia ALLAH SWT ini bukan mudah, perlu jaga hati...perlu jaga iman..perlu jaga jiwa..perlu jaga segalanya agar tidak terkeluar dari paksi syariat-NYA yang maha agung..acap kali hati dibolak-balikkan oleh pemilik hati ini...antara ikhlas dan riak...acap kali juga akal terlalu tersasar dari perancangannya...kita sebagai hamba ALLAH SWT ynag diberikan pinjaman yang sementara hanya mampu untuk merancang tapi DIA yang menentukan...hanya mampu menerima tanpa banyak persoalan...hanya mampu untuk bersyukur kerana rezeki setiap hambaNYA itu berlainan...ada yang dilimpahi dengan kekayaan..tapi ALLAH SWT uji dengan sifat murah hati....ada yang ALLAH SWT uji dengan kemiskinan supaya kita tahu apa itu kekayaan yang sebenarnya..iaitu cintaNYA...

aku akui..diri ini masih belum mampu untuk mencinta ALLAH SWT sepenuh hati..kerana aku bukanlah seorang kekasih yang setia..tapi ketahuilah...betapa aku mempunyai keinginan terhadap perasaaan itu...tapi apakah daya...aku masih belum mampu...tapi...bukan sifat hamba ALLAH SWT untuk berputus asa...

hal ini kerana...acap kali ibadat aku...dimainkan oleh hati ini...adakah ikhlas?..tetapi kenapa masih terbit riak?..pasti ada kekurangan...hati ingin mencintai ALLAH SWT sepenuh hati..tetapi kenapa masih melakukan kemungkarannya?...aku belum cukup kuat...belum cukup utuh...belum cukup pengorbanan...hendak dibandingkan dengan hamba2NYA yang lain...aku terlalu mencemburui mereka...

mempunyai impian untuk memiliki jodoh yang beriman...yang akan membimbing diri ini...yang akan menegur aku tatkala aku lalai dalam melaksanakan suruhanNYA...yang akan memarahi diri aku tatkala aku melakukan kemungkaranNYA...insyallah orang yang sama akan memimpin aku ke syurgaNYA....

tapi adakah aku cukup layak untuk memilikinya? sedangkan aku masih belum cukup baik untuk memilikinya..

sebelum kamu mencintai manusia lain...kamu perlu mencintai diri kamu sendiri..
sebelum kamu mencintai diri kamu....kamu perlu mencinta ALLAH SWT dahulu........

mencintai ALLAH SWT sepenuh hati......insyallah......istiqamah kan aku dalam ibadah kepadaMU..dalam mencintaiMU..dalam niat semata-mata keranaMU..dalam mencari keredhaanMU..

aku hanya insan biasa...dan aku bukan siapa2 tanpa rahmatNYA di sisi..tanpa kasihNYA dalam hidup ini..tanpa cintaNYA dalam hati ini...tanpa belas ihsanNYA...aku hanya manusia yang masih terkapai2 mencari erti sebenar kehidupan...tanpa sifatNYA YANG MAHA PEMBERI aku hanya insan yang berada di jalanan tanpa arah tuju...

dan TANPANYA juga..aku tidak akan wujud di dunia ini..........................


dipetik dari seorang hamba ALLAH SWT...

^_^ jihad cinta ALLAH SWT...jihad STUDY...

Ahad, 4 Mac 2012

AKU YANG LEMAH..............


AKU YANG LEMAH……..

Dengan nama ALLAH SWT yang MAHA PENYAYANG lagi MAHA PEMURAH….

semalam kita kuat untuk mencintai-NYA...hari ini kasihku pada-NYA mula surut...tapi DIA tidak pernah lelah dalam menyebarkan cinta-NYA kepada hamba-hamba-NYA...kerana dia MAHA PENCINTA.....


Sungguh betapa aku terpegun dengan CINTA-MU yang luar biasa..
Sungguh betapa aku terpana dengan KASIH SAYANG-MU yang begitu mendamaikan…
Sungguh betapa aku terpikat dengan hamparan KASIH-MU yang begitu indah..
Sungguh betapa aku terpersona dengan KESABARAN-MU yang menanti balasan cintaku..

Sememangnya aku bukan seorang yang puitis untuk menghamburkan rasa cintaku kepada-MU melalui penaku yang mengikut rentak pemikiranku…
Sememangnya aku bukan seorang penyanyi yang mampu menyampaikan rasa cintaku kepada-MU melalui lagu yang ku karang…
Sememangnya aku bukan seorang doktor yang mampu untuk merawat sakitnya hati ini tatkala aku mula melupakan-MU…
Sememangnya aku bukan seorang pemimpin yang baik kerana aku tidak mampu membimbing hati ini agar tidak menduakan-MU…
Sememangnya aku bukan seorang kekasih yang setia..kerana aku tidak mampu untuk memastikan hanya MU yang bertahta di hati ini…

Aku sangat mencemburui mereka yang begitu mencintai-MU..
Aku sangat terkilan kerana aku tidak mampu untuk menjadi seperti mereka yang begitu mengagungkan-MU di tempat yang tertinggi…
Pedih hati ku kerana melihat mereka begitu tekun dalam menunaikan ibadah semata-mata untuk membuktikan CINTA mereka kepada-MU yang tiada galang gantinya…
Sedangkan aku masih begini…dengan hati yang sangat rapuh..dengan iman yang sangat lemah..dengan cinta yang tersangat longlai..

Aku bukan seperti mereka…
Aku tidak mampu untuk menjadi seperti mereka…
Aku tidak terdaya meluahkan rasa cintaku kepada MU seperti mereka…
Kerana aku masih mempunyai bagitu banyak kekurangan dan kelemahan yang aku sendiri tidak mam[u untk melawannya…
Iman aku tidak kukuh…aku mudah lemah dengan bisikan syaitan…aku mudah taksub dengan bisikan nafsu..

Tetapi…aku ketahui..
DIKAU…mempunyai kuasa yang paling terhebat….yang mampu menundukkan seribu satu bisikan…KAU penjaga HATI ku….
Jagalah hati ini..agar tidak berpaling dari-MU
Jagalah hati ini..agar tidak kufur kepada-MU
Jagalah hati ini…agar tidak menduakan-MU
Jagalah hati ini…agar sentiasa mencintai-MU…

Aku malu dengan-MU….DIKAU memberikan aku kemudahan di dalam setiap urusan AKU..
DIKAU jauhkan aku dari perhubungan yang HARAM…
DIKAU jaga aku dari terpesona dengan nikmat dunia yang sementara…

Mohon agar aKu sentiasa diberi kekuatan oleh MU..untuk setiasa beristiqamah dalam MENCINTAIMU…
Wahai kekasihku…
Memang aku bukan seorang penulis..bukan jua seorang penyanyi..apatah lagi seorang doktor..juga tak mampu untuk menjadi seorang pemimpin..kerana aku mengaharapkan seorang PEMIMPIN yang hebat…kurniaanMU..yang akan MEMBIMBING aku…MENEGUR aku tatkala aku lalai dalam melaksanakan suruhan-MU..yang akan MEMARAHI aku kerana medatangkan kemungkaran-MU..insyallah dia jua yang akan memimpin aku ke SYURGA MU..aku juga bukan seorang kekasih yang setia…kerana aku masih punya kelemahan..iaitu..KEMALASAN…

Aku percaya pada KUASA-MU yang bisa merubah hati aku..
Kerana aku adalah aku…..urusan ku…ibadah ku..biarlah HANYA DIKAU yang mengetahui…kerana aku mengutamakan pandanganMU…kerana aku mengharapkan CINTA-MU…
Terima kasih untuk CINTA-MU yang TERHEBAT….

^_^ sentiasa beristiqamah dalam menunaikan ibadah...insyallah...amin...

Isnin, 27 Februari 2012

saya tak kan sunyi,,

AKU TIDAK AKAN SUNYI..
apa maksud sunyi?.....sunyi bila tiada yang ada disisi?....sunyi bila makan seorang diri, sunyi bila tiada orang disekeliling kita?..sunyi bila tiada yang pedulikan kita?....ermmm....sunyi bagi kamu2 semua apa?...sunyi tak bila tak da couple?...........

yups...itu la yang diutarakan oleh seorang sahabat aku....dah lama soalan ini ditanyakan...tiba-tiba je terasa nak update kat sini...satu hari kawan aku tanya..

"ko ada couple? " tanya dia pada aku.

Dah terang lagi bersuluh.   

Aku jawab “tak pernah lak kenapa?” 

sambil terfikir kenapa dia tanya soalan cepu emas ini.  Dengan muka yang terkejut, dia sambung bertanya lagi.

“kau tak rasa sunyi ke tak da couple” 

 ermm, aku tidak pernah terfikir soalan itu akan diajukan kepada aku, lama aku berfikir. Sebab selama 20 tahun aku hidup tanpa couple, aku tidak pernah fikir pasal sunyi dan alhamdullilah belum pernah lagi terdetik di hati ini menyatakan sunyi sebab tidak bercouple. 

Sambil tersenyum aku menjawab 

“ Alhamdullilah, tak pernah pulak aku rasa sunyi sebab tidak bercouple ini.”   

Lalu aku biarkan dia sendiri berfikir sejenak.

Ya Allah SWT sepanjang hidup ini belum pernah aku merasakan sunyi dalam hidup aku.  Aku benar-benar bersyukur dengan kemudahan yang telah diberikan kepada aku.  Betapa syukurnya aku dengan kasih sayang-Mu kerana kebahagiaan yang telah kau berikan kepada aku.

Dalam hati aku berbisik…

Aku tidak pernah merasakan apa itu sunyi selagi…

Ada cinta yang teragung yang telah terbentang indah di depan mata..iaitu CINTA dari ALLAH SWT…

Ada KASIH dan RINDU yang terindah dari RASULULLAH SAW…

Ada KELUARGA yang sentiasa menjaga dan mengambil berat perihal diri ini…

Ada SAHABAT yang selalu mewarnai hidup ini

Ada GURU yang tidak pernah lelah dalam mencurahkan ilmu…

Dan insyallah aku tidak akan merasai sunyi kerana…

CINTA dari ALLAH SWT akan kekal terbentang luas untuk hambanya..

Kasih dan rindu Rasulullah SAW tiadak akan pernah padam walau seketika untuk umatnya..

Aku hanya punya keluarga ini sahaja untuk seumur hidup ini, mereka lah akan sentiasa mengambil berat akan diri ini…

Sahabat yang aku miliki akan sentiasa ada di saat susah dan senang aku..

Setiap masa akan sentiasa ada guru yang memberikan ilmu..bukan sahaja manusia tetapi pengalaman juga kan menjadi guru buat diri ini…

Akan datang, insyallah akan hadir seorang yang akan menjadi pemimpin dalam hidup ini.  Jodoh aku, yang akan menjadi halal buat diri ini.  Dia juga akan tidak membiarkan hidup ini sunyi.  Selagi aku menjadi yang halal untuknya.

Amin.  Mudah-mudahan…




Isnin, 9 Januari 2012

assalamualaikum....

ini puisi dari DIA untuk KAMU...

cintakan harta....harta akan kehabisan....
cintakan bunga....bunga akan layu...
cintakan kecantikan...kecantikan akan pudar....
cintakan dunia...dunia akan lenyap...
cintakan manusia...manusia akan mati...

sebaliknya...serahkanlah cintamu....kepada yang lebih berhak....

cintakan Al-Quran...ia akan bagi jawapan untuk segala kemusykilan...
cintakan Hadis....ia akan menjadi panduan untuk kita...
cintakan ilmu...pengetahuan kita akan bertambah...
cintakan iman....diri akan jadi kuat dari hasutan syaitan dan nafsu...
cintakan kebaikan.....pahala akan sedia menanti untuk kita...
cintakan pahala...akan menjadi bekalan di akhirat...
cintakan Rasulullah saw.....cinta dan semangatnya akan sentiasa mengalir dalam diri kita....

dan yang paling utama...

CINTAKAN ALLAH SWT...ITULAH YANG KEKAL ABADI......

kita sibuk cinta pada yang belum pasti sehingga lupa pada yang memberi cinta...
tanpa kita sedari....dalam diam kita menduakan ALLAH SWT..sehingga mendatangkan cemburuNYA...
bukan mudah untuk meraih cinta daripadaNYA...tapi selagi kita belum MULA untuk mencintaiNYA..sampai bila pun cinta kepadaNYA tak kan hadir....jadi...
mulalah dengan  senyuman dengan berniat.... 

AKU INGIN MENJADI PENCINTA ALLAH SWT YANG SETIA....
TAHNIAH!!!!....

anda dah mulakan satu langkah ke arah cintaNYA....
semoga kita tidak akan lelah dalam mencari CINTANYA.....
jadilah pencinta ALLAH SWT yang sejati....kerana itu yang lebih manis..lebih indah...dan lebih sempurna....dan yang penting...

CINTANYA YANG MAHA KEKAL....
CINTANYA IALAH KEKUATAN KEPADA HAMBANYA.....


semoga kita menjadi pencinta ALLAH SWT yang sejati....AMIN....

Khamis, 5 Januari 2012

ini kisah dia untuk kamu

KISAH DIA UNTUK KAMU

assalamualaikum.....

Allah SWT yang memegang hati hamba-hambaNYA.  Hidayah itu milik DIA yang MAHA BERKUASA.  Kadangkala kita dibutakan dengan nikmat keduniaan sehingga lupa pada yang memberi nikmat itu.  Tapi sahabat, DIA yang MAHA AGUNG, MAHA BERKUASA, MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat hambaNYA.  Ujian bukan tanda kemurkaanNYA tapi tanda sayangNYA kepada hambaNYA, dengan harapan hambanya akan semakin dekat denganNYA.  Kisah yang lalu biarlah menjadi satu sejarah sebagai pedoman dalam hati.  

“Pengalaman yang lepas merupakan guru yang kejam, kerana ia mengajar kita untuk mengalaminya dahulu kemudian perolehi iktibar dari pengalaman”

Yang buruk itu tidak akan selamanya kekal buruk, yang jahat itu tidak mustahil akan berubah menjadi yang baik.  Yang hitam itu tidak semestinya kelam dan yang putih itu tidak semestinya suci.  Yang susah itu akan kekal susah tanpa usaha untuk merubahnya menjadi lebih senang.  Ini kisah dia untuk kamu, amil pedoman dari yang baik, dan pengajaran pada yang buruk.

Apabila dia bermonolog sebegini...

" aku belum cukup baik menjadi hamba ALLAH SWT yang soleha....banyak sangat kekurangan diri ini...layakkah aku mencium bau syurgaNYA...layakkah aku menerima cinta daripadaNYA?...."

hatinya akan membisik sebegini....

"letakkan segala kepercayaanmu kepada ALLAH SWT...DIA akan semakin dekat kepada hambanya yang ingin dekat kepadaNYA...dekatkan dirimu kepadaNYA.....cinta kepada ALLAH SWT...bukan sejauh mana kita mempelajari Islam..tetapi sejauh mana kita mendalaminya.."..

dia akan tersenyum tatkala hatinya membisikkan kekuatan ini...

Dulu dia seorang yang mengejar cinta dari seorang manusia…sehingga lupa pada yang memberikan rasa cinta itu kepadnya.  Darah mudanya yang ingin berpasangan seperti kawan-kawannya membuak-buak dalam dadanya.  Disebabkan keinginan itu dia menjadi hamba ALLAH yang sangat-sangat khilaf.  Solatnya tanpa hati, puasanya tanpa muhasabah diri, kebaikannya tidak disandarkan dengan ikhlas.  Walaupun hati membisik niat semata-mata kerana ALLAH SWT, tapi kenyataannya hanya ALLAH SWT yang tahu.

Sampai disatu ketika, saat ada yang menyapa hati untuk menjalinkan hubungan, dia dengan tanpa memikirkan apa-apa, TERUS MENOLAK, tiba-tiba ingatannya kembali secara drastik kepada segala apa yang telah dia lakukan sebelum ini.  Tentang kekhilafannya, tentang alpanya kepada ALLAH SWT, tentang sikapnya yang terlalu mengagungkan cinta manusia, amalan-amalan yang telah dia lakukan, pergaulannya.  Hanya disaat detik itu, semuanya kembali dalam sekelip mata dalam fikirannya.  Kuasa ALLAH SWT tiada tandingannya.
Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia menolak perhubungan itu, sedangkan itu yang dia mahu.  Biarkan masa yang berbicara.

Masa berlalu dalam sekelip mata.  Dia berjaya melanjutkan pelajaran ke kolej.  Di sinilah tempat dia belajar apa itu jatuh dan bangun semula.  Disini jugalah tempat dia belajar apa itu kegagalan dan kejayaan.  Pada detik ini jugalah dia belajar betapa berharganya kasih sayang keluarga apabila berjauhan.  Dia seolah-olah menjadi seorang yang baru.  Baru memperolehi hati yang baru.  Terima kasih ya ALLAH SWT.  Sesungguhnya kau yang memengang hati manusia, hanya kau berhak memberikan hidayah atau kesesatan kepada hambaMU.  Alhamdullilah dia berada dalam kalangan hamba ALLAH SWT yang menerima hidayah.
Bermulanya di sini.  Dia menyimpan niat dalam hati..

“ Andai aku memperolehi keputusan 4.00 flat dalam Ujian Penilaian Semester aku akan pergi surau hari-hari.  Demi mencari cinta kepada ALLAH SWT ”

Itu bukan doa yang biasa-biasa sahaja, dia berusaha keras untuk merealisasikanya.  Di saat dia berputus asa, hatinya akan sentiasa menasihati

“ ALLAH SWT sentiasa ada bersama kau, jangan kau risau akan kegagalan sekiranya kau telah berusaha”

Apabila mendengar hatinya menasihati, dia akan segera berusaha tanpa henti. Kerana dia tahu, ALLAH SWT sentiasa ada bersama dengannya, dalam senang apatah lagi dalam kita kesusahan. Cuma kita yang selalu terlupa padaNYA saat kita senang.

Kenalilah ALLAH SWT diwaktu lapang, nescaya DIA mengenalimu di saat sulit
-          Riwayat selain Imam at-Tirmizi –
-           
Hari berganti hari bulan berganti bulan, dengan izin ALLAH SWT dia memperolehi keputusan 4.00 flat dan dia perlu menunaikan janjinya kepada ALLAH SWT.  Tapi dalam hatinya masih ragu-ragu untuk menunaikannya.  Baginya kalau tidak berteman sukar untuk dia memenuhi janjinya itu, tapi siapa sahabat yang mahu menemannya. Kadang-kadang dia sendiri pelik kenapa mesti perlu berteman untuk melakukan kebaikan?.  Bukankah itu kehendak kita sendiri untuk melakukakannya.  Akhirnya janji itu tergantung begitu sahaja untuk satu jangka masa.

Hari ini ada satu ceramah yang diadakan di surau kolej, entah mengapa dia merasa hatinya diragut-ragut untuk pergi.  Nak ajak kawan masing-masing sibuk menyiapkan tugasan.  Dengan hati yang nekad, dia pergi jua melangkah ke surau, yang menariknya untuk pergi ke ceramah itu ialah tajuknya, iaitu IKHLAS.  Rasanya sudah lama dia mencari jawapan bagi persoalan itu.  Dia ada bertanyakan kepada kawan-kawannya maksud ikhlas, rata-rata menjawab 

“melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan daripada ALLAH SWT”

Dia rasa jawapan itu masih belum konkrit untuk menerangkan maksud sebenar ikhlas.  Kadangkala hati membisikkan ikhlas tapi jauh di sudut hari tetap seperti mengharapkan balasan.  Kerana persoalan ini dia dia melangkah ke surau itu.

Alhamdullilah, akhirnya dia bertemu jawapan sebenar IKHLAS.  ALLAH SWT memberi jawapan melalui ceramah itu.  Dia rasa inilah jawapan yang paling konkrit dan dia tidak akan ragu-ragu lagi.

“ Ikhlas itu, rahsia dalam rasa, kita tidak tahu samaada kita ikhlas atau tidak dalam sesuatu pekara yang kita lakukan, manusia lain juga tidak boleh menghakimi sejauh mana keikhlasan kita.  Lakukanlah sesuatu itu tanpa memikirkan kamu ikhlas atau tidak.  Kerana yang menentukan keikhlasan itu ialah yang MAHA MENGETAHUI segalanya”

Mulut mengucapkan ikhlas..tapi benarkah hati kita ikhlas malakukannya?
Mulut mengatakan redha..tapi benarkah kita menerima apa yang telah ditakdirkan untuk kita?..
Mulut membicarakan cinta kepada ALLAH SWT..tapi adakah cukup amalan yang kita lakukan untuk menzahirkan cinta kepadaNYA?
Niat dihati melakukannya kerana ALLAH SWT..tapi jauh di sudut hati ini masih ada ragu-ragu..
Wahai sahabat…
Lakukanlah sesuatu pekara sekiranya itu yang terdetik di hatimu.  Persoalan IKHLAS, REDHA, CINTA, NIAT..biarlah ALLAH SWT yang menentukan. DIA lebih tahu.

Janganlah kamu menangguhkan sesuatu pekara yang baik hanya kerana segala persoalan ini.  Takut kerana terlalu memikirkan persoalan ini, kita tidak sempat melakukannya.  

Dia tidak takut lagi untuk melangkah ke surau seorang diri.  Dia memulakan harinya untuk menjadi baik dengan menjejakkan kaki ke surau.  Pada hari pertama dia memang rasa sangat kekok kerana ramai yang memandangnya, mungkin kerana tidak pernah nampak dia mengahadirkan diri ke surau.  Dia merasakan satu perasaan yang sangat aneh membaluti hatinya.  Hatinya sayu tatkala mendengar seruan azan.  Dia melihat semua orang bergegas dalam mempersiapkan diri untuk menghadap ALLAH SWT.  Terdetik hatinya gembira kerana berada dalam kalangan hamba ALLAH SWT yang awal sujud kepadaNYA.

Habis sahaja solat berjemaah, semua bersalaman sambil melagakan pipi.  Seolah-olah mereka sudah lama mengenali satu sama lain, terasa bagai mereka sangat rapat.  Dia terpegun sebentar dengan situasi itu.  Betapa dia merasakan bahagianya berada dengan mereka.  Sekali lagi, TERIMA KASIH ALLAH.

Semua orang sibuk menunaikan solat sunat.  Dia tak nak lepaskan peluang yang sama.  Dia turut menunaikan solat sunat dan cuba untuk khusyuk.  Semasa membaca surah AL-Fatihah, tiba-tiba ada seseorang menghamparkan sejadah buat dirinya.  Terdetik kemusykilan di hatinya, namun di meneruskan solat sehingga kepenghabisannya.  Seusai memberi salam, dia melihat sekeliling. Timbul persoalan di hatinya.

“Kenapa hanya aku yang dihamparkan sejadah ini, sedangkan yang lain hanya sujud pada karpet yang sedia ada terhampar…siapa yang membentangkan sejadah ini..rasanya tak da orang yang mengenali aku di sini…tak pe la..tunggu sekejap..mungkin empunya sejadah akan datang sekejap lagi..”

Namun tiada siapa yang datang menuntut sejadah itu.  Dia termenung memikirkan kejadian itu saban hari.  Terasa ingin gugur air mata apabila menyedari sesuatu.

“ Mungkin ini hadiah dari ALLAH SWT sebagai tanda mengalu-alukan kedatangannya ke surau ini, betapa ALLAH SWT sayang pada dirinya, walaupun banyak dosa yang dilakukan..ALLAH SWT masih sudi membentangkan cintaNYA buat dirinya yang khilaf ini.  Sekali lagi….TERIMA KASIH YA ALLAH !!!!”

Mulai hari itu,detik itu, dia menjadi seorang yang dahagakan CINTA dari ALLAH SWT.  Ringan langkahnya tatkala melangkah ke surau.  Sungguh dia merasakan gembira saat menunaikan solat berjemaah di surau itu.  Kadangkala dia akan tersenyum sendiri sebelum menunaikan solat.  Sungguh, harinya sentiasa tidak sabar untuk berada dalam kalangan hambanya yang awal sujud kepadaNYA.  Dirinya jadi tidak sabar dalam menunggu azan berkumandang, kerana hatinya menunggu untuk sujud padaNYA.  Sekali lagi, TERIMA KASIH YA ALLAH.

Surau itu menjadi saksi akan permulaanya dalam mencari keredhaan ALLAH SWT, di surau ini jugalah dia tidak segan silu untuk menangis kerana mendoakan agar hidayah yang diberikan ini kekal selamanya, Insyallah.  Kurang dari 6 bulan dia dia di situ, dia masih merasakan rasa CINTAnya kepada ALLAH SWT masih belum cukup.  Betapa dia merindui saat itu.  Tetapi sekarang, dia akan meneruskan perjalanan mencari keredhaan ALLAH SWT, tetapi di destinasi yang lain pula.

Tatkala kali melangkah keluar dari kolej itu, hatinya disagat sayu kerana terpaksa meninggalkan surau yang menjadi tempatnya menghamparkan kasihnya buat ALLAH SWT, Insyallah.  Tetapi hatinya selalu berkata…

“cinta ALLAH SWT terlalu luas, lebih luas dari lautan.  Walau di mana kita berada, KASIHNYA kepada hambaNYA tidak akan pernah pudar, jadi nekadkan dirimu untuk terus memburu dalam mencari keredhaan ALLAH SWT…Insyallah..aku boleh!..kerana ALLAH sentiasa ada bersama dengan HAMBANYA…”

ALLAH SWT menjauhkan aku dari satu perhubungan yang HARAM untuk menunjukkan cintaNYA yang jauh lebih hebat.  Jangan hanya menyangka kita kurang iman di dada kita tidak layak merebut cintaNYA.  CintaNYA sentiasa dihamparkan kepada semua hambanya.  Jangan hanya kita tidak cukup ilmu tentang Islam kita merasakan yang kita patut biarkan begitu sahaja, tetapi carilah altenatif untuk mencari.  Sahabat, ilmu ALLAH SWT sangat banyak, bahkan kita sentisa dituntut untuk menuntut ilmu sehingga ke liang lahad.  Jangan mengehadkan ilmu sekadar apa yang diajar oleh guru, sebaliknya cari lah ilmu di pelosok manapun ia berada.

Dia teruskanlah lagi perjalanannya….di arena yang lain….di mana dia akan diduga dengan pekara yang lain pula… dimana dia percaya yang setiap ujian yang diberikan BUKTI ALLAH SWT sayang pada dirinya..
Kisah dia untuk kamu.  Segala yang buruk datang dari kekhilafan diri ini, dan yang baik itu datang dari ALLAH SWT sendiri.

Wassalam.