Ahad, 4 November 2012

selamat tinggal angan-angan..selamat datang realiti



Assalamualaikum…
Angan-angan  itu disukai oleh manusia kerana kita membayangkan sesuatu yang kita impikan walaupun tidak menjadi realiti.  Kerana angan-angan juga manusia acap kali terleka di mana kita berada sekarang.  Memang indah dengan angan-angan, tetapi lebih indah jika kita berusaha untuk merealisasikannya dengan cara yang betul dan mengikut syariah Islam yang tercinta.  Tidak salah untuk berangan-angan tetapi sekiranya terlebih dos kelak binasa diri, kadangkala kerana angan-angan kita lupa pada masa seiring berjalan pantas.  Ingatlah wahai teman, masa tidak akan menunggu kita, sebaliknya akan berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan kita yang kian alpa.

Masa itu lebih berharga daripada emas, kita mampu untuk membeli jam tangan yang berharga ribuan ringgit, tetapi kita kena sedar yang kita tidak mampu untuk membeli waktu.  Sedangkan kita juga ketahui bahawa

Pekara yang paling jauh dari manusia adalah masa lampau, dan pekara yang paling dekat dengan manusia adalah kematian.

Tetapi hakikat sebenarnya kita masih lagi terkejar-kejar masa lalu, dan berlari dari kematian.  Dan realitinya, kematianlah yang sentiasa berada di samping kita.  Masa yang telah berlalu tidak akan datang kembali, tetapi janganlah kita sia-siakan masa akan datang.  Seharusnya kita berasa bersyukur kerana masih diberikan nyawa oleh ALLAH SWT untuk terus hidup disamping  mencari bekalan untuk akhirat kelak.  Dan masa yang diperuntukkan digunakan untuk bertaubat mohon keampunan kepada yang MAHA PENGASIH..

Pintu apakah yang luas terbuka, jawapannyya adalah pintu taubat

Maha suci ALLAH SWT, sayangnya ALLAH SWT kepada kita kerana masih beri kesempatan  kepada kita pada hari ini untuk bernafas dan bernyawa.  Kerana apa? Untuk menjadi hambaNYA yang setia CINTA  hanya kepadaNYA yang SATU.  Kenapa tidak kita angan-angankan diberikan ruang di SYURGA kelak, ayuh realisasikannya.  Dengan menghargai masa dan menggunakannya dengan secara berhikmah, gunakan dengan cara yang betul. Hargailah ALLAH SWT..hargailah nikmat ALLAH SWT..jom kita kita hidup dalam realiti,tinggalkan angan-angan yang tidak berfaedah. 

Manusia merancang dengan cita-cita….tetapi ALLAH SWT merancang takdir kita di dunia realiti ini dengan CINTA….

Demi cinta aku kepada ALLAH SWT…
            Aku harus perkuatkan diri aku untuk melawan hasutan nafsu dan syaitan..
Demi cinta aku kepada Rasulullah saw..
            Aku harus pegang utuh pada sunnagnya..
Demi cinta aku kepada Al-quran..
            Aku perlu rajin membcanya dan mendalami kalamNYA yang indah ini..
Demi cinta aku kepada imu..
            Aku perlu berusah untuk mengumpul dan mempelajarinya..
Demi cinta aku kepada ibu bapa..
            Aku perlu sentiasa taat serta sentiasa mendoakan mereka..
Demi cinta pada saudara-saudaraku..
            Aku harus bersama mereka tatkalan sedih dan tawa..
Demi cinta pada syurga ALLAH SWT..
Aku perlu berusah sedaya yang mampu untuk mengikhlaskan diri dalam setiap amalan yang aku sandarkan hanya kepadaNYA..
Demi cinta kepada dunia..
            Aku perlu melepaskannya dan meninggalkannya satu saat nanti…

KERANA YANG MAHA KEKAL MENANTI DI SANA~insyallah

Pilihan di tangan kita…usaha cara kita…mohon ALLAH SWT permudahkan segalanya…aamiin…

teruskan tersenyum...kerana di situ permulaan kepada kekuatan yg kuat~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan