Sabtu, 31 Disember 2011

pening....!!!!

assalamualaikum....

rasanya hari nie aku dok study pasal mukabuku je kot...malas dah datang dah...adoiya!!!!...apa nak jadi entah hehehe....take 5 la....ermmm..seperti semua yang sedia maklum....hari nie dah masuk tahun baru (kalender barat)...ramai yang dok post kat mukabuku hah....tapi masa maal hijrah tak pun seramai nie...semua ada azam baru untuk tahun nie....bestnya....azam aku?....ermmm....

seronok dengar azam baru kawan2 aku..ada yang nak dapat pointer baik....ada yang nak berubah jadi baik (nice)...macam2 la..pekara yang baik..sekurang-kurangnya mereka ada matlamat yang perlu di capai untuk 1 tahun...that is good right?...so tak salah la kan pasang azam?...

apa azam aku ekk????....


=.=...

baca buku...final!!!!!

Khamis, 29 Disember 2011

tafsiran hensem dari sudut aku!!!!

assalamualaikum...

hey orang2 kampung aku nak final nie...nak ikutkan sekarang nie patutnya study...tapi otak aku kata dah penatlah (alasan!!!!).....huhuhu....take 5 ye...hehehe..sebenarnya baru je habis nonton tentang Dhia...banyak input dari cerita nie....dan endingnya sangat2 sedih...but honestly dari sudut aku...itu happy ending...Zikir dan Dhia meninggal dunia..betul la kata Dhia...Zikir cinta terakhir dia...banyak sangat dugaan yang diaorang hadapi..part paling best...nila Dhia kata...dia dah tau sapa yang cintakan dia...nak tau sapa?...ALLAH SWT....best kan?.....for sure..cita yang sangat bagus...5 stars....bling2....

tutup cerit a tue..bukak cerita baru...tadi kawan aku tanya...apa definisi hensem dari sudut pandangan aku...hah???...soalan cepu emas...aku pun tak tau...tapi boleh tak kalau jawapan dia mcm ni..

ketanpanan seorang lelaki terletak pada caranya manjaga maruah orang yang dicintainya...
kehenseman seorang jejaka terletak pada keimanannya kepada ALLAH SWT dan Rasulullah saw..
kelembutan seorang lelaki terletak pada budi bicaranya...
kekacakkan seorang lelaki terletak pada akhlaknya..
kekayaan seorang lelaki terletak pada ibadah yang telah dilakukannya..
macho seorang lelaki terletak pada tangisannya kerana takut akan hukuman ALLAH SWT...
kekuatannya seorang lelaki terletak pada daya kepimpinannya membimbing isterinya ke jalan redha ALLAH SWT..

huhuhu...nie saja2 ok....terpulang pada pandangan masing2....just want to share...tapi untuk dapat lelaki yang macam ini...aku belum cukup baik lagi.... aku sangat2 serba kekurangan...tapi tak salah untuk mendoakan dapat jodoh yang macam ini...ALLAH SWT maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA....insyallah lelaki yang mcm ini lah yang akan membawa kita ke syurga ALLAH SWT...insyallah...

=.='' nota kaki...
-nak sambung baca buku...
-put your trust on ALLAH SWT....

Selasa, 20 Disember 2011

siapa kita...


assalamualaikum....

tegok tajuk atas..agak-agak apa yang cuba disampaikan aku kali ini...YA..rasa sakit..siapa yang tak pernah rasa..semua orang pernah merasainya...tapi adakah kerana kita sakit kita kena menjarakkan hubungan dengan ALLAH SWT...atas alasan sakit kita tinggalkan ibadah yang wajib dilakukan..

cinta ALLAH SWT terlalu luas untuk diluahkan dengan kata-kata...terlalu sukar untuk dilakarkan dalam bentuk lukisan..terlalu payah nak dinyatakan dalam nyayian...terlalu agung untuk digambarkan dengan perbuatan...terlalu rumit untuk dilayangkan pada sehelai kertas....
 

cinta ALLAH SWT kepada umatnya terlalu luas definisinya....banyak dan lebih dari cukup untuk setiap seorang hambanya....ALLAH SWT bentangkan cintaNYA di hadapan hambaNYA..tetapi amat sukar untuk untuk dirasai dan meraihnya...hanya hambaNYA yang benar2 tulus mencintaiNYA akan nampak kerdipan cinta daripada ALLAH SWT...subhanallah....indahNYA cinta ALLAH SWT....

ingatkah kita...disaat kita ditimpa musibah...kita mohon pada ALLAH SWT..agar dipertemukan dengan jalan penyelesaiannya...ALLAH SWT..berikan tanpa meminta sebarang balasan...cukup sekadar beriman kepadaNYA…

ingatkah kita...disaat kita layu dengan cinta dari seorang manusia...puas kita menangisinya...puas kita meratapinya..kemudian..ALLAH SWT memberikan seseorang yang lebih baik dari yang pernah kita perolehi...

ingatkah kita...disaat kita diuji hebat olehnya dengan kegagalan..walaupun penat berusaha...namun takdir menulis kita gagal...ALLAH SWT berikan kita kejayaan yang lagi besar dari apa yang pernah kita pinta sebelum ini...

ingatkah kita...disaat kita sakit..tidak berdaya untuk bangun...puas kita mencari penawarnya...rupa-rupanya ALLAH SWT memberikan kita sakit untuk menghapuskan dosa-dosa kecil kita di dunia..

ingatkah kita...disaat doa kita BELUM diperkenankan oleh ALLAH SWT...kita sangat2-sangat kecewa....sampai pada satu saat kita hampir berputus asa....rupanya..ALLAH SWT sedang sediakan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita pinta pada masa yang kita sendiri tidak akan menjangkakanya...

ingatkah kita...disaat kita tersesat...hilang arah tujuan...bergelumang dengan dosa-dosa lampau...Subhanallah...ALLAH SWT menghulurkan hidayahnya kepada kita..agar kita sujud padanya YANG SATU...berzikir hanya padaNYA...

"janganlah kau berdukacita, sesungguhnya ALLAH bersama kita"

-surah Taubah 9:40-

wahai sahabat....
disaat kita sibuk mengejar mencari erti cinta manusia...
disaat kita mengimpikan rasa ingin dicintai oleh manusia...
disaat kita memberi cinta kepada manusia,,
disaat kita mengingati seorang manusia...
disaat kita mendambakan cinta seorang manusia...
disaat kita penat menghulurkan cinta kepada manusia...
disaat kita menyimpan perasaan dalam diam kepada seorang manusia...

rupa-rupa ada yang sedang mencemburui tingkah laku kita...iaitu...ALLAH SWT...
DIA yang memberikan rasa cinta itu...dan DIA yang paling berhak untuk dicintai oleh kita...

mencintai seseorang itu tidak salah...tapi biarlah yang halal bagi kita...
tapi jangan samapai kita menyamatarafkan cinta kepada seorang manusia dengan ALLAH SWT....mencintai ALLAH SWT..itulah cinta sejati..

rasulullah SAW mengingatkan:-

"kecintaan kamu kepada sesuatu boleh membuatkan kamu buta dan tuli"

-Riwayat Ahmad- 

cinta...terlalu universal untuk ditafsirkan


"dan (ingatlah) Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKU"

(51:36)

Jumaat, 16 Disember 2011

cinta sampai syurga....

assalamualaikum...

dah nampak tajuk tue?....ada rasa berdebar tak?....macam tue la yang aku rasakan masa pergi forum 'cinta sampai syurga'..entah kenapa masa baca artikel forum nie..aku rasa macam ditarik-tarik untuk pergi...alhamdullilah ALLAH SWT permudahkan urusan aku untuk pergi...banyak sangat input yang aku dapat..malah alhamdullilah..sepanjang forum ini berlangsung aku muhasabah diri sendiri....antara input yang aku dapat..dan yang boleh aku simpulkan...

1.  cinta sampai syurga ialah mencintai dengan hati yang murni berlandaskan syariat Islam...

-bila banyak soalan yang diajukan..bagaimana nak mencari pasangan hidup,apa yang perlu ada dalam satu perhubungan, haramkah bercouple?..semuanya akan dijawap dengan...berlandaskan syariat Islam...titik pangkal adalah niat kita pada sesuatu hubungan itu..adakah untuk suka2 ataupun mencintai kerana ALLAH SWT..kerana AGAMANYA...kerana AKHLAKNYA..

2.  mencintai menggunakan akal bukan nafsu semata-mata...

-mencinta menggunakan akal bermaksud kita jatuh cinta pada sifatnya...iaitu kewarakannya...saat mata terpandang bukan wajah yang jadi taruhan...tapi kerana keimanannya..kalau mencintai kerana nafsu...adalah kerana untuk memenuhi kehendak diri sahaja sehingga tidak tahu apa tujuan sebenarnya dalam mencintai seseorang...sebagai seseorang yang mempunyai akal...mereka akan akan berfikir bahawa kita mencintainya kerana agamanya...

"aku mencintaimu kerana agamamu...jika hilang agamamu...maka hilanglah jua cinta ku kepadamu"

3.  setiap hari sedekahkan Al-Fatihah buat jodoh...

-sentiasa sisipkan Al-Fatihah buat jodoh kita walaupun kita tidak mengetahui siapa pemilik tulang rusuk ini..di mana jodoh kita berada... walau dimana jodoh kita berada...sentiasa doa agar jodoh kita sentiasa dipertambahkan keimanannya oleh ALLAH SWT...

"doa dan solat itu merupakan senjata orang mukmin"

4.  tidak perlu tergesa-gesa dalam mencari jodoh...

-jodoh,takdir,kematian, rezeki...itu adalah rahsia ALLAH SWT...sudah ditakdirkan sejak kita dalam kandungan ibu lagi...ayat ini ditujukan dalam konteks pelajar...tidak perlu tergesa-gesa dalam mencari jodoh...masa yang ada..kita perlu gunakan untuk mempersiapkan diri kita untuk menjadi jodoh yang soleh dan soleha sehingga diri benar2 bersedia dalam menerima cinta jodoh kita..sebagai seorang pelajar...mengejar ilmu adalah keutamaan...pada masa inilah yang paling sesuai untuk membina hubungan yang baik antara kita dan ALLAH SWT...memang aku tak menafikan ramai kawan2 yang masih belajar yang dah berkahwin hidup bahagia...sahabat..jodoh mereka telah sampai...bagi kita yang masih single...kejarlah cinta ALLAH SWT..

"semakin kita mencuba untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT...ALLAH SWT akan semakin dekat dengan kita bersama cintaNYA..."

semalam aku ada tanya pasala ciri-ciri jodoh yang paling penting dalam 4 pekara iaitu rupa paras, harta, ilmu dan agama..tapi sayang masa kesuntukan...tak dijawab...aku cari sendiri..alhamdullilah jumpa pun...

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, 

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” 

-direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith -yang lain.

bagi wanita pula...pilihlah lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami...

terima kasih kepada blog http://webblog.myjodoh.net/2007/07/16/panduan-memilih-jodoh-daripada-rasulullah/

apapun kawan-kawan..berbalik kepada pencinta kita..pemilik nyawa kita..iaitu ALLAH SWT....


"wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada ALLAH SWT) dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH SWT berserta orang-orang yang sabar"

-  Al-Baqarah (2:153)  -

wassalam...

nota kaki =.=  ......

-semua ini hanya pendapat diri sendiri..plus input yang dapat dari forum 'cinta sampai syurga'
-kalau ada salah silap...mohon perbetulkan..sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH SWT...yang       buruk dari diri aku sendiri....
-enjoy the reading ya... =)

Rabu, 30 November 2011

merendah diri itu perlu...

assalamualaikum...

sejak akhir2 nie..rajin lak aku men update blog yang tak da orang nak baca nie...tak pe la..tujuan untuk berkongsi kan..mana tau kot2...ada yang boleh di jadikan pedoman...siapa tahu???....

berdasarkan tajuk di atas...timbul idea nie bila kau berbual dengan kawan aku...aku cakap ngan die..."untung la ada orang yang admire kan??....orang cantik...mesti la ramai yang berkenan di hati....tak macam aku..tak lawa..tue yang tak da yang admire tue.."...sambil buat muka seposen....dan kawan aku pun cakap la..

" merendah diri itu memang la kena ada..tapi jangan la merendahkan diri sangat...kau cantik apa"..kawan aku cuba nak pujuk tue..hehehe..dia tambah lagi..." mungkin Allah SWT belum nak jumpakan kita ngan jodoh kita sebab..Allah SWT sedang mempersiapkan jodoh yang terbaik untuk kita"....diam2 dalam hati aku mengucapkan insyallah....

 aku jawab la balik...." ye la...semua ciptaan Allah SWT tu kan cantik...termasuklah kita kan?...".."yup"...

ya kawan2....merendah diri itu perlu...sangat2 perlu..sebab itu bukti yang kita mensyukuri dengan apa yang ALLAH SWT dah berikan pada kita....mengapa perlu untuk kita ubah ciptaan ALLAH SWT yang sedia ada cantik ini....warna kulit...rupa paras...bentuk fizikal...itu semua ukuran luaran sahaja...walau macam mana pun..kita kena bangga dengan apa yang telah ALLAH SWT beri pada kita...warna kulit kita hitam?...muka banyak jerawat?....badan besar?...kita ubah ayat...warna kulit hitam?...hitam itu manawan la...,muka banyak jerawat?....tapi bila senyum..mesti terpesona kan?...badan besar?...bukan besar la...comel...ok..

kadang2 manusia nie pelik...bila kita kata kulit hitam...orang barat yang putih tue..sibuk nak gelapkan muka tau...so bersyukur dengan yang sedia ada pada diri ini...tak rugi pun...tau tak...ada banyak lagi ciptaan ALLAH SWT yang sangat cemburu pada kita..manusia ini....sebab..kita adalah ciptaan ALLAH SWT yang paling menakjubkan..be proud to be human ok....merendah diri perlu...tapi jangan merendah diri sampai hilang keyakinan diri ye..merendah diri ini untuk menunjukkan yang kita berkesederhanaan...so..merendah diri dengan cara yang betul ok....

merendah diri pada yang Maha Tinggi..itu yang sebaik2nya....berdoalah walaupun sehingga menitiskan air mata..kerana itu yang sepatutnya...


nota kaki >.<...

- thanks to my friend for that word... "merendah diri"
- berkesederhanaan dalam setiap apa yang dilakukan untuk menzahirkan rasa CINTA kepada ALLAH SWT..bukan membanggakan diri untuk mendapatkan pujian...
- merendah diri boleh ye kawan2..tapi berpada2...

Selasa, 29 November 2011

senyum dan tak perlu kata apa-apa....

assalamualaikum.....

mesti tersenyum lepas baca tajuk kat atas nie kan...huhuhu...aku pun tak tau kenapa tetiba je terkeluar ayat nie..motif???....betul la...kadang2 walau segelora mana hati kita ini..tapi dengan senyuman sahaja sudah cukup untuk menutupnya...walaupun kita menangis sekali pun...bila tersenyum insyallah akan terhapus air mata tu... bila nak menyapa seseorang...cukup sekadar melemparkan sekuntum senyuman....orang akan kata kita seorang yang peramah....dalam sedang serabut dengan masalah...cuba tersenyum...insyallah akan ada jalan penyelesaiannya...

hebatnya panahan senyuman...sampai ada perumpamaan...dari senyuman terus jatuh ke hati...betul ke ayat nie??...ada yang kata "saya jatuh cinta pada senyumannya yang menawan"...wah ayat...ada juga yang kata "mana ada dia sombong...murah je dengan semyman"...ermm..walaupu kita tidak bertegur sapa..cukup sekadar tersenyum....sikap sombong itu akan terhapus...dan ada kajian mengatakan bahawa apabila kita tersenyum..otot yang digerakkan lebih banyak dari ketika kita bermasam muka....senang cita..awet muda la...

ada juga yang kata kalau senyum nie....murah rezekinya...pada pandangan aku...hal ini terjadi sebab bila kita berjual beli...sambil memaniskan muka dengan senyuman...secara automatiknya...orang akan senang hati untuk membeli dengan kita...selain itu..bila seseorang itu dalam mood yang tidak baik...kita nak bertegur sapa dengannya...sambil tersenyum...secara neutralnya..die akan tersenyum jugak....

tak percaya?....cuba la dulu...kadang2 kita tak perlu kata2 apa2 dan hanya tersenyum..pasti orang itu akan faham apa yang cuba disampaikan...pernah ke orang tak suka sesuatu tue..die tersenyum?...tak kan...so ask yourself ok.....jadi la orang yang ceria selalu...


nota kaki =)

-semalam short speech...miss cun kata aku cakap macam machine gun...huhuhu...miss cun bukan orang pertama yang cakap macam tue...
-senyum selalu....bermula dari sekarang...
-cuba sebut 'cheese'.....hah manis pun senyuman...

wassalam...

Isnin, 28 November 2011

short speech......lalalala

assalamualaikum....

hey there....finally lepas jugak dari kemelut short speech...alhamdullilah...so aku nak cakap terima kasih sangat2 pada empunya diri yang satu kelas aku yang tidak datang tue..menyebabkan giliran aku untuk berpidato semakin cepat..dari giliran ke 4 become ke 2...seronok sangat...sekurang-kurangnya makin cepat aku buat short speech...apa yang best...aku tak ikut 100% skrip yang aku hantar kat Miss cun....aku tak leh hafal la...nanti aku akan blank...so setiap kali aku practice...setiap kali itu jugak la aku akan tukar point speech..tapi alhamdullilah..for me...itu dah sangat2 better....tak tau la nak cakap apa....tapi mcm satu beban hilang...bayangkan aku bangun lambat hari nie...sampai baju tak sempat nak gosok...tapi tak nampak pun renyuknya...stay look ok...pastu ada lak short speech..memang betul2 aku bertawakal hari nie....alhamdullilah..segalanya berjalan dengan baik..suka tegok miss cun...masa aku bentangkan point..die just senyum je untuk hilangkan gemuruh studentnya...

balik memang aku top up tido la kan....tapi tak lama pun...tak lena nak tido..so aku putuskan untuk baca buku CINTA YUSUF DAN ZULAIKHA.....so far satu buku yang baik....aku dapat banyak ilmu dari buku ini...lebih kepada cinta kepada ALLAH SWT.....tapi aku tak berapa setuju dengan sikap Zulaikha yang seperti agak memuja Yusof...buku nie bukan la pasal Nabi Yusof..NO!!!...just nama yang sama...masa dia tak dapat jumpa dengan Yusof untuk masa yang agak lama..sampai terabai hidupnya...nonono...its not nice...walau apa pun yang terjadi always remember ALLAH SWT....tapi bagi aku...yang mana baik dijadikan teladan yang kurang baik dijadikan pedoman....ini pandangan individu...lain orang lain pandanganya...

bagi aku...aku sangat2 suka pada buku DALAM MIHRAB CINTA....yang ini memang the best....sangat2 banyak ilmu...kisah perjalanan seorang pemuda dalam mencari keredhaan ALLAH SWT...tetapi di fitnah...sehingga membawa dia terjerumus dalam pekara yang tidak sepatutnya iaitu memcuri..tapi apa yang aku tabik ialah...semasa dia mencopek dompet orang..niatnya adalah untuk mencari sesuap nasi...tetapi selepas dia mempunyai duit...die memulangkan balik setiap satu dompet yang yang dicurinya dengan duit yang telah diambil..sebab itu janji die dengan ALLAH SWT....selain itu...sebelum menghukum seorang pencuri..kita perlu tahu apa sebabnya die mencuri..sekirannya die mencuri untuk mencari sesuap nasi...dia tidak patut dihukum....

tak semua orang kat muka bumi ini bertuah..ada yang tidak bertuah tapi harus diingatkan bukan selamanya kita tidak akan bertuah...pasti akan tiba juga pada suatu saat kita akan menjadi antara yang sangat bertuah...hari nie aku pergi mesin ATM..terserempak dengan beberapa pekerja2 UUM..rasanya mcm baru gaji kot..aku pun terpandang la pada satu insiden nie...pak cik nie mcm tak percaya gaji yang dia dapat...lepas dia keluarkan duit tue...dia terus cium duit itu sambil ucapkan alhamdullilah...tetibanya teringat mak ngan ayah....penat lelah cari duit untuk pastikan anak2 dapat pelajaran yang baik...life lesson....



nota kaki =.=!...

-sebelum mulakan apa2 pastikan baca bismillahirahmanirahim...selawat ke atas nabi...insyallah segalanya akan ok...
-never give up ok...belajar dari kesilapan lalu..kalau boleh jangan ulangi lagi...
-usaha bersungguh2 pastu tawakal...kita dah usaha...gagal kerana dah berusaha lebih baik dari gagal sebab tak buat apa2

wassalam...

Ahad, 27 November 2011

SHORT SPEECH.....you make me crazy!!!!!

assalamualaikum...

wawawawa,,,=.='...rasa mcm nak nangis je sekarang nie....esok ada short speech...huhuhu..tak mau hafal..nanti lupa semua...tapi nak spontan????......memang tak la kan....haiz..apa nak jadi ngan aku nie??...T.T....tak suka...how to make ourself confident?......tetiba je jadi lost control...try suruh aku bagi ucapan dalam bahasa malaysia...kecik tapak tangan..stadium bukit jalil aku tadahkan....ermmm....Insyallah esok ok2 je semua..amin!!!!....I try my best ya....

hari tue role play lagi la....semua hancur...gara2 aku pulak tue...lupa dialog la...cian ahli group yang lain...but...believe me..i already do the best....sure?...don't know....mcm mana nak tingkatkan pengetahuan bahasa penghantar kedua nie?...dah dapat lecture the best and sporting pun aku stay lagi jadi malas....not nice la...aku lupa something la...ya!!!....>.<...BELIEVE...yup...wish me gud luck....tawakal je la....i will do my best....lepas je short speech...aku dah leh tumpu pada final...tinggal 1 je lagi assigment...marketing...after that...bertarung la dalam timbunan nota....

actually belajar nie sangat2 seronok....bila kita baca buku...dan dapat jawab soalan..mcm satu nikmat yang tak terhingga kita perolehi....terasa mcm...bertambah ilmu pengetahuan.....petua supaya tak lupa ilmu...niat belajar untuk tambah ilmu supaya boleh digunakan untuk sampai bila2....kedua...niat belajar kerana ibadah..bukan ke banyak pahala bila hadir dalam majlis ilmu?...so tak rugi kita belajar..pulak tue...belajar bukan sekadar dalam kuliah saja ye kawan2....tapi setiap langkah kita merupakan pelajaran untuk kita..sama ada adaptasi dari  orang lain..atau pun belajar dari diri sendiri...

tuntutlah ilmu sampai ke negeri China....proses pembelajaran adalah sehingga jasad ke liang lahad...


nota kaki ('-')....
-always remember that ALLAH SWT is always with us.....
-doa itu penting ye...jangan lupa berdoa..walaupun sesaat....

wassalam....

Sabtu, 26 November 2011

mata terbuka luas...

assalamualaikum.....

alhamdullilah....asigment kebanyakkan dah siap pun...syukur sangat2..sesungguhnya Allah sentiasa memudahkan urusan hambanya itu....sesungguhnya janganglah kita mengeluh dengan apa yang telah ditentukan khas untuk kita..walau apa yang terjadi dalam diri kita merupakan satu himah yang besar dari ALLAH SWT...sepatutnya kita bersyukur dengan ujian yang telah diberikanoleh ALLAH SWT..kerana itu menunjukkan yang ALLAH SWT sangat sayang kepada hambanya...

betapa aku terpaku pada rasa cinta dari ALLAH SWT..disaat aku terkaku tak berdaya nak buat asigment..cukup sekadar solat hajat dan doa...tak sampai beberapa minit ALLAH SWT sudah menunjukkan kekuasaannya dengan memberikan petunjuk dan idea untuk aku siapkan assigment...hasilnya...alhamdulllah...siap satu assigment....berdoalah kamu kepada ALLAH SWT...kerana sesunggunya ALLAH SWT itu maha mendengar lagi maha mendengar....saat kamu hampir terjatuh rebah,,sehingga tiada siapa yang mampu untuk membantu kamu...tadahlah tanganmu yang mulus...lancarkan bicaramu dengan memanjatkan doa kepada ALLAH SWT..insyallah.....ALLAH SWT..maha pemberi petunjuk....

YA ALLAH SWT....
sentiasa sisipkan aku dengan kebesaranmu...
rasa cinta MU kepadaku Ya ALLAH...
apa yang telah KAU berikan kepada aku..
disetiap langkahku...disetiap perbuatanku...disetiap perucapanku...
disetiap saat hela nafasku...
di setiap pelosok hatiku Ya ALLAH...
supaya aku tidak pernah terleka dengan kebesaranmu YA ALLAH...
AMIN....

wassalam...

nota kaki =.=

semoga dapat perolehi ikhtibar....
aku masih lagi rapuh..tapi sedang dalam usaha untuk berdiri tegak..insyallah....

Isnin, 21 November 2011

semalam bufday saya la!!!!

assalamualaikum....

dah baca status tue...huhuhu..dah tua dah aku...honestly aku sendiri terlupa ngan bufday aku..yup buat pertama kalinya...tapi ada hikmahnya...selalunya aku akan ingatkan family aku yang bufday aku makin dekat..sebab aku memang tak leh terima kalau family aku sendiri tak ingat bufday aku....tapi sebab tahun nie banyak sangat asigment dan exam yang aku nak kena buat..sampai empunya diri pun lupa...apa la aku nie...tapi...sebab aku lupa la baru aku tau betapa sayangnya family aku pada diri ini...rupa2nya sume ingat bufday aku...huhuhu...subuh2 lagi dah kol wish...wah....for me...itu la hadiah yang paling hebat yang pernah aku dapat...yup...aku cuma nak orang ingat bufday aku...tak da present pun tak pe...

part kedua best...akak roomate aku belikan kek....yummy..walaupun hanya sepotong....believe it...ia sangat bermakna pada diri aku..thanks akak....tapi...aku rindu sangat bufday tahun lepas....mcm mana kawan2 aku kenakan aku kat matrik...amin hang....satu baldi air sirap ngan tepung...special just for you..tapi berbaloi oi...dapat teddy bear...cute sangat...

last but not least....semalam juga aku meninggalkan buku2 kesayangan aku di tingkat 4 untuk lihat secara live perlawanan bola sepak sukan sea..antara Malaysia dan Indonesia...siapa sangka aku leh layan bola semalam...for Malaysia...tak salah kan...terkejut gak...mak ai..ramai gila manusia kat kafe....semangat tue diaorang...pakai jersi bola lagi...yang paling best....kalau pasukan kita lawan bola kat padang...kitaorang lawan jerit kat kafe sebab ada student Indonesia yang jion sekali.....for me...tu moment yang best...hahaha...lawak la time aku jerit semalam...masa gol penalti akhir..leh lak aku terlompat....

anywhere..tue hadiah dari Malaysia sempena bufday aku...hehehehe....jangan jeles....

nota kaki :-

aku masih lagi dalam longgokan asigment dan examm...so somebody plez pick me out.....adusss.....aku boleh tanganinya...insyallah...amin...

Rabu, 9 November 2011

rasa cinta dari ALLAH SWT....

BETAPA BESARNYA RASA CINTA ALLAH SWT TERHADAP AKU..
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Aku mulakan luahan ini dengan hati yang sayu selepas tegok result pemasaran…aduhai cikit saja markahnya…terasa macam aku dah kecewakan hati kakak-kakak aku yang sentiasa mendambakan kejayaan aku….tapi tak pe aku redha..sebab aku akui…memang salah aku…kurang persiapan…aku tak tau la kenapa cuti ini aku sangat-sangat malas nak buat asigment…walhal asigment sangat banyak..sampaikan satu saat…aku rasa macam nak marah orang…it’s ok saying…ALLAH SWT ada….insyallah semuanya akan dipermudahkan…

Betapa ALLAH SWT sayang pada aku…alhamdullilah…tiada kata yang seindah perkataan ini…aku akui…asal ada masa yang terluang..aku mesti akan berangan..berangan pasal…biarlah rahsia..aduhai ahti…rapuhnya kau pada duniawi….runtuhnya kau pada bisikan syaitan…luluhnya kau pada hasutan nafsu…hari ini mak kata….kita perlua seimbangkan yang mana wajib dan tidak..dahulukan yang wajib…betul sangat tu…aku sentiasa ragu dengan keihlasan hati aku…sebab aku tak tau sama ada pekara yang aku lakukan itu wajib ataupun tidak…

Terasa macam nak menitiskan air mata apabila mengimbau kembali apa yang telah ALLAH SWT berikan pada aku…walhal aku akui…aku bukan seorang hamba yang tegar terhadap agamanya…aku bukan seorang yang hafizah..yang menghafal ayat-ayat cinta dari kalam ALLAH SWT…aku bukan seorang yang bangun untuk sujud kepada ALLAH SWT…bahkan aku bukan yang mempunyai ilmu tentang islam yang banyak…hanya sekadar untuk pengigat diri sendiri sahaja…tapi ALLAH SWT tak pernah memandang semua itu..sebab itu aku sentiasa kata pada diri aku yang..ALLAH SWT sentiasa ada di sisi aku…dan aku tak perlu ragui apa2 lagi…insyallah…

Sejak akhir-akhir ini…mata aku selalu terpandang pada artikel couple itu haram…apa sahaja yang berkenaan couple…aku baca…hati aku pasti akan diragut rasa sayu…sebab ALLAH SWT memberitahu persoalan aku melalui artikel ini….ayat yang aku paling ingat ialah…ALLAH SWT tidak mengurniakan seseorang untuk mencintaimu kerana ALLAH SWT ingin rasa cinta itu dicurahkan sepenuhnya kepada DIA…segala persolan aku dah terjawab dengan penuh tulus ikhlas…

*      Kenapa tak da orang yang admire aku macam kawan aku..
-          Kalau aku doa..ALLAH SWT pasti akan perkenankan..tapi aku tak nak..sebab aku tau ALLAH SWT nak aku admire seikhlas yang mungkin hanya…pada ALLAH SWT….

*      Kenapa muka aku tak secantik macam kawan aku…
-          Kalau aku mohon pada ALLAH SWT…ALLAH SWT akan tunaikan…tapi aku tak nak..sebab semua ciptaan ALLAH SWT itu dah cantik….lagipun kalau terlalu cantik…aku takut aku akan membuatkan aku berasa riak dan takbur..aku akan membanggakan kecantikan diri aku..dan aku akan berdosa membuat orang yang bukan mahram aku memandang rupa aku..

*      Kenapa tak da orang yang jatuh cinta pada aku…
-          Sekiranya aku pinta dariNYA yang maha pemurah….pasti akan dimakbulkan..tapi aku enggan…sebab aku tau yang ALLAH SWT berkehendak aku mencurahkan segala rasa cinta aku pada ALLAH SWT…sebab cinta kepada ALLAH SWT adalah cinta yang sejati..dan tiada galang ganti..selain itu…ALLAH SWT tak nak aku lalai pada tanggungjawab aku sebagai..hambanya…seorang anak…seorang kakak…seorang adik…dan seorang sahabat..

*      Kenapa dia tidak boleh menjadi milik aku…
-          Aku boleh doa pada ALLAH SWT…agar dia adalah jodoh aku…tapi aku tidak mahu berbuat demikian..sebab aku tahu yang ALLAH SWT akan memberikan aku jodoh yang lebih baik untuk diri aku…yang akan mencintai aku kerana ALLAH SWT…yang akan membimbing aku..menjadi imam aku..dan aku nak berjumpa dengan jodoh aku…di bawah keredhaan ALLAH SWT..insyallah…SEKIRANYA DIA TERCIPTA UNTUK AKU…DEKATKAN HATI KAMI..SEKIRANYA DIA BUKAN TERCIPTA UNTUK AKU…REDHAKANLAH HATI AKU..AMIN..

*      Kenapa mereka senang memperolehi apa yang dimpikan walaupun dengan usaha yang sedikit…
-          Duhai hati…ini kerana ALLAH SWT menginginkan kau usaha dengan segala kudrat kau..disamping berdoa kepadanya…dan bertawakal dengan apa yang telah kau lakukan…kerana hanya dengan usaha yang maksimum..kau akan menghargai segala apa yang telah diberikan kepada kau..ALLAH SWT berkehendak supaya kau tidak pernah melupakakNYA walau sesaat dalam setiap usaha kau…semakin banyak ujian yang diberikan kapada kita…semakin bertambah rasa cinta kita kepada ALLAH SWT..

*      Kenapa ALLAH SWT tidak memakbulkan doa aku..
-          Kerana ALLAh SWT tahu apa yang lebih baik untuk kau…tidak semua yang kita minta itu baik untuk diri kita…kerana ALLAH SWT lebih tahu apa yang terbaik….ALLAH SWT lebih tahu isi hati kita dari diri kita sendiri..sehingga kita akan kata…dulu ALLAH SWT tak memakbulkan doa aku…kerana itu lebih baik…


sesungguhnya ya ALLAH SWT....lindungi aku dari segala kemungkaranmu...

Rabu, 31 Ogos 2011

salam hari raya dan salam kemerdekaan.....

huhuhu...lama tak tulis kat cini...mungkin aku baru tau yang aku lagisuka baca blog orang dari menulis blog yang tiada orang baca...tapi takpa....just for fun....banyak terjadi pad aku sepanjang aku tak menulis nie...antaranya...

kisah satu...paling utama....

kembalinya ke rahmatullah...putih kucing yang aku bela....tak sampai setahun hidup...Allah SWT lebih sayangkan kucing tue...agak terkilan...sebab masa tue kitaorang ngah happy2 dalam umah try baju raya..tetiba keluar dia dah takda...paling tak boleh lupa...aku yang jumpa mayat die....tapi putih pun dah lama sakit...cuma masa putih nak pergi tue dia nampak sihat sangat...takpe putih...kami redha....mesti putih bahagia di sana...di sisi penciptamu...

kisah dua....

betul la kata orang...bulan ramadhan nie...bulan yang paling penuh rahmat....dalam bulan nie jugak...aku telah dipertemukan dengan sahabat2 yang aku dah lost contact bertahun lamanya...last jumpa pun adalah agaknya...5 tahun dahulu....yang seronoknya...banyak benda yang kitaorang bualkan.....masing2 dah bergaya..cantik...makin sopan...aku je yang statik....tak da berubahan...hahahah...nasib la...

kisah tiga....

jumpa anak kucing yang sangat comel....huhuhu...penting ke???.....mula2 mak tak bagi bela...tapi lepas tau kucing tue jantan....hehehe....aku dapat green light....hahaha...mak diam maknanya setuju la kan???...nie ganbarnya.....comel tak????

ok...namanya...hipu...sebab die hitam putih...kitaorang syak dia anak miow....yamg warna coklat tue...tapi nanti la kitaorang buat ujian DNA...hehehe....


kaki nota :- mak marah sebab tak packing barang lagi untuk masuk u.....huhuhu...sedih sebab...korang tau kan.......

Isnin, 8 Ogos 2011

yang sebenarnya.....

assalamualaikum....

wah tajuk mcm lagu yuna....hehehe..yes...sekarang aku dah terima kenyataan yang belajar jauh adalah yang terbaik untuk aku....jauh dari rumah buat aku lagi kental untuk terus berusaha...i hope so....hehehehe...ermm...kadang2 ada pekara yang kita simpan dalam hati tak perlu di beritahu pada orang kan???...walaupun pada hakikatnya hanya kita yang tahu...walaupun kita sakit untuk memendamkannya....sebab aku cakap mcm nie???????......adalah.....tegok...tak semua pekara kita perlu mention pada orang right??....kadang2 bila tegok orang meluahkan perasaan di dinding2 muka buku.....hehehehe......adakah mereka rasa satu kepuasan berbuat demikian????....siapa tahu...setiap orang punya cara mereka sendiri untuk menyampaikan rasa hati....dan ada orang...hanya mampu stalker dinding muka orang yang die pendam rasa....ya???....dan ada orang juga...berkongsi perasaan dan penglaman melalui blog...ye..mcm aku...walaupun tak da orang yang baca...tapi sekadar untuk kepuasan hati...ia tak salah kan??...ok sampai sini saja....

membisu
bukan bermaksud kita tidak boleh berkata2...
cuma ada yang tidak boleh diluahkan dengan kata2...

berkata...
untuk menyampaikan kata hati...
tapi tidak semua kita boleh luahkan.......

memandang....
ciptaan ALLAH SWT yang indah.......
tapi kadangla kita membutakan mata untuk menghalalkan yang haram....

buta mata....
tidak semestinya buta hati......
masih ada mata yang lain yang boleh membantu untuk mencelikkan mata kita....

wassalam.......

Selasa, 2 Ogos 2011

get ready...............

assalamualaikum....

diam tak diam kita dah berjaya menemui bulan ramadhan tetamu istimewa ALLAH SWT.....syukur kepada ALLAH SWT...kerana masih berkesempatan bertemu dengan bulan mulia ini sekali lagi....tahun nie seronok sangat sebab dapat buka puasa satu family...tak mcm tahun lepas...hampir sebulan buka puasa kat kolej....2 hari before raya baru balik rumah...

semalam boleh tahan penat sebab pi buat persiapan untuk masuk u...tue baru 1% je...banyak lagi nak buat....alahai....eee....tak tau la....tak bersemangat nak masuk u....wait the minute...aku patutnya syukur...dapat masuk u...ada orang tue tak dapat masuk...aku pernah rasa dulu tak dapat masuk u...tapi ada hikmahnya...ALLAH bagi rezeki aku masuk kolej...

bila aku tenung balik masa lalu...chewaaaah.....Alhamdulilah....ALLAH sentiasa atur yang terbaik untuk aku....kenapa aku perlu persoalkan apa yang ALLAH dah tentukan sekarang...pasti ada hikmah yang tersembunyi .........

ok...dah semangat cikit nak buat persiapan...anywhere...terima kasih ALLAH swt....aku akan mensyukuri apa saja ketentuan yang kau takdirkan untuk ku.....amin...mudah-mudahan....

wassalam....
tersenyum la selalu....kerana senyum adalah penawar bagi segala penyakit...

Khamis, 28 Julai 2011

teruja vs takut............

assalamualaikum.....

eee....pening kepala la 2 hari nie...mcm2 kena buat sebelum masuk universiti...tapi hampeh...satu pun aku tak gerak lagi...ermmm...sedapnye...jiran baru bagi bubur lambuk...alhamdulilah...rezeki nie...dalam rumah nie aku sorang je suka giler makan bubur lambuk nie...sambung citer....hari ke hari..aku asyik termenung je duk pikir...apa lah takdir perjalanan aku kat unuversiti nanti....seronok ke tidak...tapi...semua itu ketentuan ALLAH SWT..apa jua yang ditakdirkan aku mohon...agar dipermudahkan...walau sesusah mana....

kalau nak ikutkan tajuk hari nie...tahap takut aku pada 100 celcius dan.....pada 99.99%....takut la....terujanya...pada tahap....-0 celcius dan pada 0.01%....dah start merapu dah aku.....haiz...arghhh

sekian...
wassalam....

Rabu, 27 Julai 2011

tulisdan terus menulis....

assalamualaikum....

hari nie happy sangat sebab dapat keluar tegok wayang...dengan kawan2....bertiga sahaja...nak ajak kawan2 lain tapi semua ada hal...kecewa cikit...sebab tak tau bila lagi nak jumpa kwan2 lain...nanti dah belajar kat utara mesti akan rindu kawan2 di johor....takpe...percaya pada jodoh ALLAH SWT....ada jodoh pasti akan bersua kelak...

apa yang best hari nie....kitaorang mengimbau kembali kisah lama...chewaaah...hahaha...betul la cakap kawan aku...zaman sekolah yang paling best ialah time.....zaman sekolah menengah...korang setuju tak....?...zaman sekolah mnengah la time kita nak bentuk diri kita untuk jadi apa...masa nie jugakla...kita kena atur untuk masa depan yang seterusnya...zaman ini juga yang banyak mengajar aku apa erti persahabatan yang sebenar...jatuh bangun aku....putus asa dan kembali bersemangat juga pada masa ini...tak hairan la kenapa kitaorang rindu giler time sekolah menengah...tapi aku bersyukur...sebab mereka masih ingat kat aku sampai hari nie...thanks kawan...

bila terpandang pantai hari nie...aku buat tafsiran sendiri....pantai ini tak ubah seperti manusia...nampak tenang di permukaan tetapi  di dasarnya...tiada siapa yang tahu...pada zahirnya kita nampak seseorang itu genbira...tapi mungkin dalam hati kita tak nampak....bila aku ada masalah...aku suka pergi kat tempat yang ramai orang...iye!!!!...sangat pelik bukan???....hehehe...ada sebabnya yang tersendiri....bila nampak ragam manusia yang banyak...ada yang sedih...ada yang gembira....bila tegok orang lain..aku akan terfikir...ada orang...yang ditimpa masalah lagi berat dari aku....so...kenapa aku perlu mengeluh....ujian ALLAH SWT...adalah untuk menjadikan hambanya...lebih kuat.........dan tidak rapuh dek ujian yang ringan...so kalau diuji dengan ALLAH SWT...bersyukur la...itu tandanya...ALLAH SWT...sangat sayangkan kita....

sekian...
wassalam.....

Isnin, 25 Julai 2011

banyak2 cerita la.....

seperti biasa...asalamualaikum.....

huhuhu...hola....eee..lama tak tulis blog....makin lama..makin banyak la ceritanye...eee...banyak benda jadi kat aku baru2 nie....

yang pertama.....
seminggu aku pi umah akak aku kat selangor...melawat orang baru dalam keluarga...akak aku selamat melahirkan baby girl yang beratnye ialah lebih dari 3 kg....wawawa...lagi berat daripada aku masa lahir dulu...apa yang penting...hehehe...babynya sihat...comel sangat...terasa teruja jadi mak cik nie..tapi..aku stay tak tau nak suruh die panggil aku apa...mak su?....akak aku dah amik dulu....kak ain la...hahaha...tak sedar diri dah jadi mak cik...hehehe..

yang kedua...
eemmm...aku nak amik keputusan nak kahwin...hehehehe...gatal...tak da la..dalam minggu yang sama aku dapat keputusan untuk sambung belajar kat mana..mula2 aku tak ingat yang keputusan tue kuar ari tue...tetiba kawan aku yang baik hati telah sms aku bertanya aku dapat kat mana....dia dapat kat uum...aku dah gelabah dah...mana la aku kena campak nie...mula la tak sedap duduk..pe lagi pi on lap top...check...seminit....2 minit...ok sangat lambat...pap kuar...TAHNIAH ANDA DITAWARKAN....dah sedap dah baca...JURUSAN UE 23...jurusan apa tue....ayoi...tak tau...KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM...ok la tu memang choice aku..di....huhuhu...UNIVERSITI UTARA MALAYSIA...peh macam dunia tak putar kejap...chewaah..ayat...mak ai...jauhnye mak...utara sana...peh....

along ngan mak dah risau dah...asal la amik jauh sangat nuh....nasib baik la ada mak ngah...kalu tak...mesti kesunyian....and yang paling best...kwan baik aku pun dapat tempat yang sama...so tak risau sangat la kan...

yang ketiga...
hari2 mak aku duk cakap awat la pi jauh sangat....eee...rezeki mak...esoknye ayah aku kol....apsal jauh sangat...entah la yah..tak nak pi leh tak...asal tak nak pi lak...tetiba ada suara sumbang....suara akak aku...tak nak pi kahwin je....wah2 sedapnye die cakap ek...aku?...antara kahwin ngan sambung belajar...tak pikir dua tiga kali dah...baik pi belajar lagi bagus...akak aku lak yang tanya...kenapa tak nak pi...aku jawab...mcm biasa la kan...jauh la....pakai duit banyak...akak aku lak cakap...duit tak yah risau kitaorang dah pikir dah...tau la macam mana nanti...jangan risau pi je la belajar...

wow..kali nie jantung aku lak yang terhenti jap....hehehe...terharu beb...untungnya dapat kakak mcm akak2 aku nie...pasal belajar diaorang akan usahakan sebaik mungkin..asalkan aku tak rasa susah mcm diaorang...ermm...haiz mana la takmeruntun hati seorang adik...apa pun....along..angah...titie...korang kakak2 yang TERBAIKKKKK......dan adik ku jua...satu je kat dunia nie...hang pun adik yang TERBAIKKKK...


sekian...
wassalam....

Isnin, 4 Julai 2011

cinta yang paling hebat..........

asslamualaikum.............

hari nie aku terpanggil untuk menulis pasal cinta yang terhebat pada sepanjang abad... aku memang tak suka untuk tulis pasal ini...sebab aku tak pernah bercinta...(betul ke?)......aku tau semua orang ada pengalaman bercinta...tapi adakah cinta kita itu yang terhebat pada abad ini..ramai orang yang mengagungkan cinta romeo dan juliet...cinta laila dan majnun...dan banyak lagi...aku tau semua orang mengimpikan cinta yang terhebat...let know this story..bagaimana dan apa itu cinta yang terhebat...

semua orang mengimpikan sebuah cinta yang terbaik buat dirinya.  Semua orang nak merasakan cinta, kerana ia fitrah manusia yang menginginkan disayangi dan menyayangi seseorang. 

Khamis, 23 Jun 2011

the power of love!!!

assalamualaikum.........

sejak ditabalkan jadi penggagur terhormat kay umah nie...tak de benda nak buat selain nonton tv....ok ari nie aku nak cita pasal drama terbaru kat tv3.....cita yang sangat menyentuh perasaan...sangat sesuai pada yang masih mencari pemilik tulang rusuk.....(chewaaahhhhh...ayat dalam buku nie...)..

pelakon pun hebat2 belaka......meh cini aku promote cikit..........

nie die..mantap la...sebab nak tau sangat jalan citanye...akak aku pun beli la buku die....aku orang yang pertama yang baca....(dalam rumah nie)....ternyata ia satu buku yang sangat baik....jalan cita yang tak meleret...banyak hadis yang digunakan...paling best...setiap ayat memang akan bawa kesan pada empunya ynag membaca....kata2 dalam ayat nie sanagt indah.....sapa yang nak baca nie muka depan novel nie...
cover je dah menarik hari kan.....sapa2 pun teringin nak jadi mcm amni.....nak dapat pemilik tulang rusuk macam taufik....nak mempunyai seorang yang mencintai dengan tulus macam irfan....so enjoy la baca buku nie...

kadang...hanya dengan sepotong ayat sudah cukup untuk mengubah hati...membina semangat....mengubah pendirian.....memberi pengajaran.......

wassalam........

Selasa, 21 Jun 2011

assalamualaikum..........

yuzz.....hola.....apa khabar dunia....wah2 3 bulan duk umah...memang bahagia........(bahagia luaran ....poket kosong)...ye la tak keje kan ongkos pun tak da la....nasib baik ada family yang baik2 hatinya...(tegok la family sapa....hehehe).....duduk umah nie best tau...aku belajar masak dari mak..aku dah tau masak tom yam...hari ni..aku masak puding roti tau...selama nie pandai makan je...hari nie kita buat..tak tau la senang je buatnya...mak campak2 je bahan dalam periuk..and then...tadaaaaaa...dah siap...rasanya boleh tahan la...yang bestnye...buat secara manual...kebetulan tak da elektrik...(diaorang buat apa entah)....pastu semua bahan kena gaul pakai tangan....macam orang dulu2 lak rasanya....tapi tak susah la....bila dah siap...baru elektrik ada....mungkin aku patut ucapkan terima kasih pda TNB sebab tak da elektrik sekejap..kalu tak aku tak merasa buat kuih macam orang dulu2.....anywhere..harin nie seronok....



arious..........
wassalam.........

Sabtu, 28 Mei 2011

hari ini harus lebih baik daripada semalam...............

assalamualaikum.................

ermm....dulu tak da masa nak tulis blog sebab study...sekarang dah jadi penanam anggur berjaya pun still tak da masa nak tulis blog.....ada je alasannya...mungkin sebab tak da orang yang nak baca..tue yang rasa macam tak berbaloi je kalau tulis....tak pe la...asal rasa seronok...nak seribu cara...tak nak satu alasan iaitu malas....haha....mak tak bagi kerja sebab kena bagi jiwa dan raga ajr adik untuk PMR....nanti mak bagi duit beli ais krim....hehe...anywhere...sok aku ada interview pendidikan....(wish me gud luck)...banyak kawan2 aku bagi tip untuk esok...akak aku lak bagi buku2 untuk dibaca.....malasnya nak baca.....o la samapi sini dulu....

arious.........
wassalam..........

Khamis, 5 Mei 2011

assalamualaikum...

hari nie kuar lepak ngan kawan main bowling...balun sampai 3 game..(pastu tangan sakit...)...hehehe...apa entah...yang bestnya...bola asyik masuk longkang je....(sapa suruh letak longkang kat situ...)...sudahnya markah ciput je...orang lain main tak samapi balingan ke 5 dah seratus....aku?....nombor sa lagi....huhuhu..yang tensionnye bila main...orang sebelah kita tue orang yang pro....cikit2 strike....cikit2 speare....benci tul...paling geram....bila baling bola....bolanye...sipi2 lagi nak masuk longkang bila sampai depan pin leh lak bola tue guling ke tengah..(boleh bayangkan tak?...)....pastu...dump!!!....STRIKE....bikin hati panas je....ada satu nie lak....bola die mak ai...ayu gile....tenang je bola tue bergolek...(jangan main2 bola pun boleh tenang tau..)....tapi.....dump!!!!....STRIKE!!....haiz pelik bin ajaib....( sejak bila pelik jadi anak ajaib oi!!!)...jom buat kajian pasal JENIS2 BALINGAN BOLING YANG BOLEH DAPAT STRIKE...terbaik la...hehehe...tak da kerja la aku nie...ada yang macam lepaskan geram kat boling...macam2 jenis manusia ada...(yang hensem pun banyak)...gatal!!!!...hehehe...ada mata kita pandang2....ada telinga kita dengar2....ada mulut kita cakap2....hehehe....

arious.....
wassalam...
nak main lagi la bowling....hehehe

Rabu, 4 Mei 2011

assalamualaikum...

impian itu perlu dengan usaha untuk dilaksanakan...lantaran itu banyak benda yang harus dikorbankan untuk mencapainya...termasuk la penat lelah...masa(sudah tentu..)...dan banyak lagi...ia lebih kurang macam kita bayar dan insyallah kita akan dapat....berlainan dengan perasaan..sekiranya kita sukakan seseorang itu..belum tentu die akan suka kita...walaupun....kita memaksa...kerana perasaan tidak boleh dipaksa..walaupun boleh dibentuk...tetapi perlu dengan kerelaan...hehhee...jiwang lak hari nie...borig la duk umah nie...tak tau nak buat apa...makin malas...hehehehe.....aku ada misi baru untuk sepanjang cuti nie..insyallah akan tercapai...banyak yang aku nak kongsi..lantaran kemalasan mengusai diri..jadi semua yang nak diceritakan banyak tak teratur kedudukkannya...maybe aku kena ada semangat cikit...samapi cini dulu ya!!!

arious..........
wassalam....

cinta itu perlu dengan keikhlasan.............

Rabu, 27 April 2011

assalamualaikum alam...........

boring tahap gaban duk umah tanpa melakukan apa2..( tolong mak ada ek!!!)....nak kerja?...tak tau nak kerja pa....nak kuar?....tak da ongkos....( aku kedekut sebenarnya...)....nak merayap sekitar taman?...( moto tak da la...)...apa nak buat selain duk menghadap tv...main ngan kucing..( tambah lagi sekor tue...)...ermm...kenapa ek...aku rasa kekawan aku time form 6 terasa ngan aku la...( walaupun 2 minggu je kat situ..)..bukan aku lupa diaorang since masuk kolej...tapi aku tul2 sibuk dengan lambakan asigment...kuliah...tutor...projek2 lagi..( nak sangat habis cepat macam nie la dapat..)....anywhwere...dah habis pun...and aku tau semua tu salah aku....kalau lah aku leh bagi tau mereke....what to do?...

aku ingat nak cuba bergiat dalam dunia penulisan la...ingat nak menulis cerpen.....dulu aku pernah gak hantar kat satu blog nie...tajuknya kek kehidupan.....aku dapat respon yang baik...so nak try tulis lagi..tapi aku nak paparkan kat blog aku...yang aku takut....tak dapat sambutan je....huhuhuhu....so how?....tak cuba belum taukan...bak kata pepatah..tak kenal maka tak cinta (apa kaitan?....bantai je la...)....

orang kata kat blog nie la time untuk kita meluahkan apa yang tak puas hati...(betul ke?...)..maybe betul....sebab kadang2 kita pendam je...lama2 leh jadi gila...betul tak...kalau kita luahkan...mesti rasa batu atas kepala macam hilangkan....tapi bagi pendapat aku....kalau aku la kan....malaz nak luahkan kat cini...lebih baik diam je...karang orang tu sendiri yang akan rasa bersalah...(buat masa nie aku tak giler lagi la kan..mintak2 la tak...amin..)...

lagi satu aku nak aktifkan penulisan blog aku nie...and try cari orang untuk baca...(wish me gud luck)....its time to change...kalau dulu aku kata...biarlah aku dulu kini dan selamanya...aku rasa ada yang silap pada pandangan aku tue....aku perlu lakukan sedikit perubahan.....atau banyak...dari segi apa....rahsia...(lagi2 sejak kena kutuk nie kan...)...walaupun dulu aku kata penampilan itu tak penting...aku silap...dan aku mengaku aku salah...apa2 pun pandangan seseorang itu adalah pada pandangan pertamanya...dan ia terletak pada penampilan kita.....macam buku...kalau kita tegok kulit buku menarik pasti kita akan tertarik untuk tahu apa isi dalamnya...walaupun ramai orang kata...(orang yang kata ok)....dont jugde book by its cover...tapi hakikatnya..penampilan itu penting...biasa la...sudah memang fitrah manusia suka pada benda yang cantik...kalau tak melalui penampilan pun dari segi sikap juga boleh dijadikan panduan untuk mula menilai seseorang itu....

lagi satu...tak semestinya kita kena duduk pada takuk yang sama...kita kena jadi seorang yang sentiasa mengamalkan dasar pandang ke hadapan....tapi jangan lupa pada yang dah lepas...kerana tanpa yang lepas siapa kita pada hari nie right?.........masa lepas itu merupakan guru yang terbaik untuk mengajar kita jangan mengulangi pakara yang sama....hidup nie kena kretif dan inovatif....jangan sebab orang lain kita jadi takut untuk mara ke depan...tapi jadikan orang lain sebab yang kukuh untuk kita mara ke depan....apa yang penting..demi Allah SWT...kerana Dia yang mengaturkan segalanya....

so nantikan cerpen aku ya...(entah bila....)...tapi aku try...tak salah mencubakan?....belum cuba belum tau ma....

arious,,,,
wassalam...
juz smile.....everything will be ok.............

Selasa, 19 April 2011

saya bakal graduate,,,,,

assalamualaikum sekalian alam.....

malam nie adalah malam terakhir bagi student kolej aku kat kolej tercinta nie.....sok adalah paper last and then kami akan keluar dari cini,,,,malang bagi aku sebab kena lapor diri nanti untuk jadi fasi...(pada adik2 junior hati2 la kalau dapat fasi macam aku...huhuhuhu....relax sudah)....malang buat aku sebab apa yang aku nak buat sebelum balik sume tak dapat...its ok...dulu masa masuk asyik dok fikir bila la nak habis belajar kat cini...tapi bila dah habis...tak nak kuar la pulak....ini lah manusia...tak penah puas...kan2....hehehe...yang penting....yang mana baik aku bawak balik umah.....yang buruk2 aku tinggal cini sudah.....buat berat beg je bawak balik...( tak da kena mengena langsung..)...well...lepas ni...aku akan tempuh dunia yang lagi luas....insyallah kalau dapat universiti,,,( doakan ye!!)....ermm....perasaan bercampur baur la...tak tau hepi tak nak balik umah nie....sayang dan sedih nak tinggalkan kawan...dan cinta pertama di sini...( eh salah pulak).....ye la...akaun tu cinta pertam dan terakhir la untuk aku...huhu...ok...saya ada paper esok nie...doakan aku dapat jawab dengan baik punya....jumpa di rumah nanti.....

arious....

setiap yang bermula pasti akan berakhir....
setiap yang hidup pasti akan mati....
setiap yang segar pasti akan layu....
setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan....

kita lihat bulan yang sama....
kita diterangi matahari yang sama...
kita berdoa pada ALLAH SWT yang satu....
kita sujud pada arah kiblat yang sama....

bila kau lihat bulan.....aku pasti akan lihat bulan yang sama...
andai rindu aku....doakan aku agar sentiasa dalam keredhaan-NYA....
andai sayang...doakan agar aku sihat sentiasa....

andai ada jodoh....pasti akan ada satu pertemuan untuk kita kelak...
insyallah....akan aku nantikan detik itu,,,,


wassalam...............

Rabu, 23 Mac 2011

semua dah matang!!!!!!!1

assalamualaikum!!!!!

tahniah!!!!...3 post berturut2.....sebenarnya aku boring.....tengah2 cari bahan untuk mock interview....dah la tak jumpa bahan....boring2 aku usha la facebook kekawan lama aku masa kat sekolah menegah dulu....(hey wish me gud luck for mock interview....aku bawak nama pratikum aku...)...interview ini akan sangat berguna untuk aku time inteview untuk jadi cikgu dan insyallah...untuk biasiswa jugak....bukan itu yang aku nak cita...tapi pasal kawan2 aku....ermmm....semua dah matang2 dah...seronok lak tegok diaorang sambung belajar kat tempat masing2...secara tak langsung...rasa rindu pada memori dulu....semua dengan kawan2 baru.....(kawan2 lama apa cer)....termasuk la aku jugak kan....pejam celik aku dah 10 bulan kat negeri orang nie....rasa sayu je sebab tak lama lagi nak out dari cini...dan bakal tempuh dunia yang lagi mencabar kat universiti..insayallah...walaupun akan tanam anggur sementara kat umah tapi tak kisah la kan...yang pasti...kat cini aku belajar macam2...dari jadi seorang yang tak tahu apa2 kepada tahu serba sedikit...pengalaman banyak mungkin lain kali akan aku kongsikan...diaorang dah pandai bergaya aku bila lagi?...adakah masih dengan stlye tudung lama?..bukan tak nak cuba tapi belum ada keberanian la....biar la orang kata aku ketinggalan zaman sekali pun...asal aku tahu satu hari nanti aku akan ubah juga penampilan diri....cuma bukan sekarang masanya....just wait and seee....cita nak kuar kolej ....study dah ke?...dah ready nak kuar sebagai pelajar yang berpuas hati dengan jawapan diberi atau keluar sebagai pelajar yang bimbang tak lulus peksa....now time to choose.....

aku pilih keluar sebagai pelajar yang berpuas hati dengan jawapan yang diberi......so arious.........


wassalam..........

Isnin, 21 Mac 2011

jam tersangat la penting kan.....dan...saya dilanda taufan.........

assalamualaikum....

kemain rajin aku kan....semalam post hari nie pun nak post gak...kan apa...ada benda nak share la....huhuhu......ok2....aku nak cita nie....jam aku dah jadi arwah...wawawa...tangan rasa lain giler tak da jam...macam ada something misisng in action....huhuhu...tiap kali pandang tangan yang tak da jam sedih giler...jam tue la penolong aku acap kali....( ok terlalu jiwang )...dulu asyik tegok jam je...bila la kelas nak habis...bila la kuliah nak habis...sekarang???......dah tak kisah dah..yang tau...bila lecture kata..."hari nie sampai cini saja"....confirm...betul sangat la tue...tiada yang lain dari yang sahih...kelas dah habis...huhuhu..tragis tak tragis la kan....
jam aku lebih kurang macam nie la...dan warna hitam...( aku tak berapa gemar warna pink nie.....sori to say)..........yang menjadi persoalan dalam benak aku ialah......( tak yah ikut tatabahasa la kan)....nak beli jam baru ke......nak ganti bateri jam aja????...tell me....jam tu dah lama aku pakai....tapi kan kalau dapat beli jam baru aku nak jam yang nie...simple.....biasa aja...tak terlalu serabut...yang penting warna yang bersesuain ( sedar diri cikit kan...)....huhuwallah....ala.....tak leh kuarkan gambar jam tue....tak pe la...
 contoh semata2 ok.....tak mampu nak beli pun...(angan2 lebih).....hehehe...tunggu kaya cikit...
 ok cita pasal kena ribut taufan lak.....huhuhu....aku deman..tue ok lagi...kena lak serang selesema plus batuk yang agak teruk(pakej ok)...jarang2 didapati..huhuhu...tak agak2 lakan....pi kuliah...nekad nie nak study....leh lak tekak buat hal kan.....mula2 tahan dulu..lek2 dulu....nak belajar nie....5 minit...berdehem2...10 minit....aku kuar ikut pintu belakang...tak tahan giler...lepaskan.....malangnya...aku buat before pintu tertutup....pe lagi...habis satu kuliah denagar......malang nasib.....dah la bilik airnya dekat la sangat...kena lalu banyak kelas...habis semua tengok....jadi tarikan percuma la pulak...huhuhu

mula2 aku tak tau pun...sampai la...roomate aku yang baik hati bagi tau...pe lagi...trimas la...huhuhu...malu ark.......
huhuhu........biaq pi la....dah lepas pown....nak buat macam mana...dah tak tahan giler....mau aku tak pi kelas.....so nak pi klinik la nie.....tak tahan dah...tapi macam dah ok....tegok la dulu.....

nota kaki
sesungguhnya....sakit itu penghapus dosa kecil.....kan2...

wassalam.....
arious....

Ahad, 20 Mac 2011

final bakal tiba!!!! tapi tak sedar2 lagi....

assalamualaikum...

best dapat jumpa along tadi...rasa hilang cikit rindu kat keluarga...kalau tak rasa macam nak nangis setiap kali hari ahad...sebab nampak family orang datang...peluk cium...wawawa....rindu tahap gaban wei....kat mak...ayah...akak...adik....and of couse my lovely boyfriend ( kucing ok !!!).....biasa la...majoriti pelajar cini dak dekat2 leh la balik...saya nie anak perantauan...rasa2nya hari nie dah masuk 2 bulan tak balik...( wow...new record )...yang paling sedih tak dapat jumpa family before final...sebab aku tak balik umah...tapi i always know...family aku sentiasa doa kejayaan aku dari jauh...AMIN...
bercerita pasal final exam....ermmm..lagi 3 bulan...agak la...( huhuhu.....).....lagi 3 minggu ok!!!...bawak2 la sedar wei....tapi...kesedaran itu udah wujud kok...( harap2)....hehehe...bukan malas,,,lebih kepada kurang rajin...( apa beza?)...haiz...agak la kan...leh dapat result yang baik tak...eee...takut la wei...
( takut2 gerak tak jugak)......biasak la..aku la katakan...along kata dulu study...esok peksa hari nie baru beljar..abang ipar aku lagi best...lagi 2 jam peksa baru study...wow....kalau la saya berkemampuan buat macam tue kan....anywhere...(jangan cuba buat ok!!!)
kalau final nak dekat maknanya....dah nak habis la belajar kat cini....graduate..pastu tanam anggur kat umah...best2....lagi 3 minggu...so apa yang rasa belum selesai kai kolej nie...bawak2 la pi selesaikan...sebagai contoh....luahkan perasaan ke...opppssss....salah pulak.....macam belum jelajah satu kolej lagi....ermmm....boleh masuk senarai...part mana aku belum jelajah ek kat cini....astaka?....hah!......padang bola keranjang...selama 10 bulan belum jejal...eh...dah la....part mana belum lagi nie....dah tau.....rumah pengarah....selama nie pandang dari jauh je....before balik nak amik gambar la kat citu....hehehe....apa yang belum pernah buat kat kolej nie?.... tegur die?
( sapa?)....ala kucing yang kat cafe tue...setiap kali aku dekat mesti lari....dah la comel...
 apa yang aku dah pernah buat...tapi belum kesempatan nak buat lagi kat kolej nie....main skuasy....hari2 penuh beb...tegok la satu hari nanti aku tampal notis kat gelanggang tu...GELANGANG SKUASY DALAM PROSES PEMBAIKIAN....huhuhu gempak la...pastu aku main skuasy puas2...terbaik la idea...huhuhu...( ini hanya gurauan semata2 )......apa lagi ek.....ada lagi satu la....naik basikal round satu kolej...yang nie pun tak buat lagi....ramai sangat gyna...yang nie aku nak tampal notis...( TAYAR BASIKAL PANCIT)...huhuhu....tak da orang nak amik la kan....terbaik la....( asal benda macam nie cepat je kan otak pikir....)...
ada lagi....nak kuar satu pratikum....pi pantai ke...tapi ada di antara mereka tak nak pi la...kecewa wei.....last kitaorang kuar sama time buka puasa...last la tue...yang lain tak cukup orang..ada je yang ada hal....nie dah nekad wajibkan pun sama ada yang nak balik....benci betul.......biaq pi la mereka!......diaorang dekat2 bila2 leh jumpa...aku yang jauh nie...agak2 la cikit....
k la...sampai cini saja...doakan kejayaan aku ya....
wassalam...
arious.............