Jumaat, 16 Disember 2011

cinta sampai syurga....

assalamualaikum...

dah nampak tajuk tue?....ada rasa berdebar tak?....macam tue la yang aku rasakan masa pergi forum 'cinta sampai syurga'..entah kenapa masa baca artikel forum nie..aku rasa macam ditarik-tarik untuk pergi...alhamdullilah ALLAH SWT permudahkan urusan aku untuk pergi...banyak sangat input yang aku dapat..malah alhamdullilah..sepanjang forum ini berlangsung aku muhasabah diri sendiri....antara input yang aku dapat..dan yang boleh aku simpulkan...

1.  cinta sampai syurga ialah mencintai dengan hati yang murni berlandaskan syariat Islam...

-bila banyak soalan yang diajukan..bagaimana nak mencari pasangan hidup,apa yang perlu ada dalam satu perhubungan, haramkah bercouple?..semuanya akan dijawap dengan...berlandaskan syariat Islam...titik pangkal adalah niat kita pada sesuatu hubungan itu..adakah untuk suka2 ataupun mencintai kerana ALLAH SWT..kerana AGAMANYA...kerana AKHLAKNYA..

2.  mencintai menggunakan akal bukan nafsu semata-mata...

-mencinta menggunakan akal bermaksud kita jatuh cinta pada sifatnya...iaitu kewarakannya...saat mata terpandang bukan wajah yang jadi taruhan...tapi kerana keimanannya..kalau mencintai kerana nafsu...adalah kerana untuk memenuhi kehendak diri sahaja sehingga tidak tahu apa tujuan sebenarnya dalam mencintai seseorang...sebagai seseorang yang mempunyai akal...mereka akan akan berfikir bahawa kita mencintainya kerana agamanya...

"aku mencintaimu kerana agamamu...jika hilang agamamu...maka hilanglah jua cinta ku kepadamu"

3.  setiap hari sedekahkan Al-Fatihah buat jodoh...

-sentiasa sisipkan Al-Fatihah buat jodoh kita walaupun kita tidak mengetahui siapa pemilik tulang rusuk ini..di mana jodoh kita berada... walau dimana jodoh kita berada...sentiasa doa agar jodoh kita sentiasa dipertambahkan keimanannya oleh ALLAH SWT...

"doa dan solat itu merupakan senjata orang mukmin"

4.  tidak perlu tergesa-gesa dalam mencari jodoh...

-jodoh,takdir,kematian, rezeki...itu adalah rahsia ALLAH SWT...sudah ditakdirkan sejak kita dalam kandungan ibu lagi...ayat ini ditujukan dalam konteks pelajar...tidak perlu tergesa-gesa dalam mencari jodoh...masa yang ada..kita perlu gunakan untuk mempersiapkan diri kita untuk menjadi jodoh yang soleh dan soleha sehingga diri benar2 bersedia dalam menerima cinta jodoh kita..sebagai seorang pelajar...mengejar ilmu adalah keutamaan...pada masa inilah yang paling sesuai untuk membina hubungan yang baik antara kita dan ALLAH SWT...memang aku tak menafikan ramai kawan2 yang masih belajar yang dah berkahwin hidup bahagia...sahabat..jodoh mereka telah sampai...bagi kita yang masih single...kejarlah cinta ALLAH SWT..

"semakin kita mencuba untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT...ALLAH SWT akan semakin dekat dengan kita bersama cintaNYA..."

semalam aku ada tanya pasala ciri-ciri jodoh yang paling penting dalam 4 pekara iaitu rupa paras, harta, ilmu dan agama..tapi sayang masa kesuntukan...tak dijawab...aku cari sendiri..alhamdullilah jumpa pun...

Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, 

“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” 

-direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim di dalam kitab sahih mereka serta imam hadith -yang lain.

bagi wanita pula...pilihlah lelaki yang beragama dan berakhlak sebagai suami...

terima kasih kepada blog http://webblog.myjodoh.net/2007/07/16/panduan-memilih-jodoh-daripada-rasulullah/

apapun kawan-kawan..berbalik kepada pencinta kita..pemilik nyawa kita..iaitu ALLAH SWT....


"wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada ALLAH SWT) dengan sabar dan solat, sesungguhnya ALLAH SWT berserta orang-orang yang sabar"

-  Al-Baqarah (2:153)  -

wassalam...

nota kaki =.=  ......

-semua ini hanya pendapat diri sendiri..plus input yang dapat dari forum 'cinta sampai syurga'
-kalau ada salah silap...mohon perbetulkan..sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH SWT...yang       buruk dari diri aku sendiri....
-enjoy the reading ya... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan