Rabu, 9 November 2011

rasa cinta dari ALLAH SWT....

BETAPA BESARNYA RASA CINTA ALLAH SWT TERHADAP AKU..
BISMILLAHIRAHMANIRAHIM

Aku mulakan luahan ini dengan hati yang sayu selepas tegok result pemasaran…aduhai cikit saja markahnya…terasa macam aku dah kecewakan hati kakak-kakak aku yang sentiasa mendambakan kejayaan aku….tapi tak pe aku redha..sebab aku akui…memang salah aku…kurang persiapan…aku tak tau la kenapa cuti ini aku sangat-sangat malas nak buat asigment…walhal asigment sangat banyak..sampaikan satu saat…aku rasa macam nak marah orang…it’s ok saying…ALLAH SWT ada….insyallah semuanya akan dipermudahkan…

Betapa ALLAH SWT sayang pada aku…alhamdullilah…tiada kata yang seindah perkataan ini…aku akui…asal ada masa yang terluang..aku mesti akan berangan..berangan pasal…biarlah rahsia..aduhai ahti…rapuhnya kau pada duniawi….runtuhnya kau pada bisikan syaitan…luluhnya kau pada hasutan nafsu…hari ini mak kata….kita perlua seimbangkan yang mana wajib dan tidak..dahulukan yang wajib…betul sangat tu…aku sentiasa ragu dengan keihlasan hati aku…sebab aku tak tau sama ada pekara yang aku lakukan itu wajib ataupun tidak…

Terasa macam nak menitiskan air mata apabila mengimbau kembali apa yang telah ALLAH SWT berikan pada aku…walhal aku akui…aku bukan seorang hamba yang tegar terhadap agamanya…aku bukan seorang yang hafizah..yang menghafal ayat-ayat cinta dari kalam ALLAH SWT…aku bukan seorang yang bangun untuk sujud kepada ALLAH SWT…bahkan aku bukan yang mempunyai ilmu tentang islam yang banyak…hanya sekadar untuk pengigat diri sendiri sahaja…tapi ALLAH SWT tak pernah memandang semua itu..sebab itu aku sentiasa kata pada diri aku yang..ALLAH SWT sentiasa ada di sisi aku…dan aku tak perlu ragui apa2 lagi…insyallah…

Sejak akhir-akhir ini…mata aku selalu terpandang pada artikel couple itu haram…apa sahaja yang berkenaan couple…aku baca…hati aku pasti akan diragut rasa sayu…sebab ALLAH SWT memberitahu persoalan aku melalui artikel ini….ayat yang aku paling ingat ialah…ALLAH SWT tidak mengurniakan seseorang untuk mencintaimu kerana ALLAH SWT ingin rasa cinta itu dicurahkan sepenuhnya kepada DIA…segala persolan aku dah terjawab dengan penuh tulus ikhlas…

*      Kenapa tak da orang yang admire aku macam kawan aku..
-          Kalau aku doa..ALLAH SWT pasti akan perkenankan..tapi aku tak nak..sebab aku tau ALLAH SWT nak aku admire seikhlas yang mungkin hanya…pada ALLAH SWT….

*      Kenapa muka aku tak secantik macam kawan aku…
-          Kalau aku mohon pada ALLAH SWT…ALLAH SWT akan tunaikan…tapi aku tak nak..sebab semua ciptaan ALLAH SWT itu dah cantik….lagipun kalau terlalu cantik…aku takut aku akan membuatkan aku berasa riak dan takbur..aku akan membanggakan kecantikan diri aku..dan aku akan berdosa membuat orang yang bukan mahram aku memandang rupa aku..

*      Kenapa tak da orang yang jatuh cinta pada aku…
-          Sekiranya aku pinta dariNYA yang maha pemurah….pasti akan dimakbulkan..tapi aku enggan…sebab aku tau yang ALLAH SWT berkehendak aku mencurahkan segala rasa cinta aku pada ALLAH SWT…sebab cinta kepada ALLAH SWT adalah cinta yang sejati..dan tiada galang ganti..selain itu…ALLAH SWT tak nak aku lalai pada tanggungjawab aku sebagai..hambanya…seorang anak…seorang kakak…seorang adik…dan seorang sahabat..

*      Kenapa dia tidak boleh menjadi milik aku…
-          Aku boleh doa pada ALLAH SWT…agar dia adalah jodoh aku…tapi aku tidak mahu berbuat demikian..sebab aku tahu yang ALLAH SWT akan memberikan aku jodoh yang lebih baik untuk diri aku…yang akan mencintai aku kerana ALLAH SWT…yang akan membimbing aku..menjadi imam aku..dan aku nak berjumpa dengan jodoh aku…di bawah keredhaan ALLAH SWT..insyallah…SEKIRANYA DIA TERCIPTA UNTUK AKU…DEKATKAN HATI KAMI..SEKIRANYA DIA BUKAN TERCIPTA UNTUK AKU…REDHAKANLAH HATI AKU..AMIN..

*      Kenapa mereka senang memperolehi apa yang dimpikan walaupun dengan usaha yang sedikit…
-          Duhai hati…ini kerana ALLAH SWT menginginkan kau usaha dengan segala kudrat kau..disamping berdoa kepadanya…dan bertawakal dengan apa yang telah kau lakukan…kerana hanya dengan usaha yang maksimum..kau akan menghargai segala apa yang telah diberikan kepada kau..ALLAH SWT berkehendak supaya kau tidak pernah melupakakNYA walau sesaat dalam setiap usaha kau…semakin banyak ujian yang diberikan kapada kita…semakin bertambah rasa cinta kita kepada ALLAH SWT..

*      Kenapa ALLAH SWT tidak memakbulkan doa aku..
-          Kerana ALLAh SWT tahu apa yang lebih baik untuk kau…tidak semua yang kita minta itu baik untuk diri kita…kerana ALLAH SWT lebih tahu apa yang terbaik….ALLAH SWT lebih tahu isi hati kita dari diri kita sendiri..sehingga kita akan kata…dulu ALLAH SWT tak memakbulkan doa aku…kerana itu lebih baik…


sesungguhnya ya ALLAH SWT....lindungi aku dari segala kemungkaranmu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan