AKU YANG LEMAH……..
Dengan nama ALLAH SWT yang MAHA PENYAYANG lagi MAHA PEMURAH….
Sungguh betapa aku terpegun dengan CINTA-MU yang luar biasa..
Sungguh betapa aku terpana dengan KASIH SAYANG-MU yang begitu mendamaikan…
Sungguh betapa aku terpikat dengan hamparan KASIH-MU yang begitu indah..
Sungguh betapa aku terpersona dengan KESABARAN-MU yang menanti balasan cintaku..
Sememangnya aku bukan seorang yang puitis untuk menghamburkan rasa cintaku kepada-MU melalui penaku yang mengikut rentak pemikiranku…
Sememangnya aku bukan seorang penyanyi yang mampu menyampaikan rasa cintaku kepada-MU melalui lagu yang ku karang…
Sememangnya aku bukan seorang doktor yang mampu untuk merawat sakitnya hati ini tatkala aku mula melupakan-MU…
Sememangnya aku bukan seorang pemimpin yang baik kerana aku tidak mampu membimbing hati ini agar tidak menduakan-MU…
Sememangnya aku bukan seorang kekasih yang setia..kerana aku tidak mampu untuk memastikan hanya MU yang bertahta di hati ini…
Aku sangat mencemburui mereka yang begitu mencintai-MU..
Aku sangat terkilan kerana aku tidak mampu untuk menjadi seperti mereka yang begitu mengagungkan-MU di tempat yang tertinggi…
Pedih hati ku kerana melihat mereka begitu tekun dalam menunaikan ibadah semata-mata untuk membuktikan CINTA mereka kepada-MU yang tiada galang gantinya…
Sedangkan aku masih begini…dengan hati yang sangat rapuh..dengan iman yang sangat lemah..dengan cinta yang tersangat longlai..
Aku bukan seperti mereka…
Aku tidak mampu untuk menjadi seperti mereka…
Aku tidak terdaya meluahkan rasa cintaku kepada MU seperti mereka…
Kerana aku masih mempunyai bagitu banyak kekurangan dan kelemahan yang aku sendiri tidak mam[u untk melawannya…
Iman aku tidak kukuh…aku mudah lemah dengan bisikan syaitan…aku mudah taksub dengan bisikan nafsu..
Tetapi…aku ketahui..
DIKAU…mempunyai kuasa yang paling terhebat….yang mampu menundukkan seribu satu bisikan…KAU penjaga HATI ku….
DIKAU…mempunyai kuasa yang paling terhebat….yang mampu menundukkan seribu satu bisikan…KAU penjaga HATI ku….
Jagalah hati ini..agar tidak berpaling dari-MU
Jagalah hati ini..agar tidak kufur kepada-MU
Jagalah hati ini…agar tidak menduakan-MU
Jagalah hati ini…agar sentiasa mencintai-MU…
Aku malu dengan-MU….DIKAU memberikan aku kemudahan di dalam setiap urusan AKU..
DIKAU jauhkan aku dari perhubungan yang HARAM…
DIKAU jaga aku dari terpesona dengan nikmat dunia yang sementara…
Mohon agar aKu sentiasa diberi kekuatan oleh MU..untuk setiasa beristiqamah dalam MENCINTAIMU…
Wahai kekasihku…
Memang aku bukan seorang penulis..bukan jua seorang penyanyi..apatah lagi seorang doktor..juga tak mampu untuk menjadi seorang pemimpin..kerana aku mengaharapkan seorang PEMIMPIN yang hebat…kurniaanMU..yang akan MEMBIMBING aku…MENEGUR aku tatkala aku lalai dalam melaksanakan suruhan-MU..yang akan MEMARAHI aku kerana medatangkan kemungkaran-MU..insyallah dia jua yang akan memimpin aku ke SYURGA MU..aku juga bukan seorang kekasih yang setia…kerana aku masih punya kelemahan..iaitu..KEMALASAN…
Aku percaya pada KUASA-MU yang bisa merubah hati aku..
Kerana aku adalah aku…..urusan ku…ibadah ku..biarlah HANYA DIKAU yang mengetahui…kerana aku mengutamakan pandanganMU…kerana aku mengharapkan CINTA-MU…
Terima kasih untuk CINTA-MU yang TERHEBAT….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan