assalamualaikum...
berhenti bermimpi kerana ianya membawa kepada tidur lena yang panjang...sehingga sampai satu saat bila kita tersedar...mungkin pada masa itu telah terlambat...tetapi apakah daya...masa yang terundur tidak mungkin akan kembali...apa yang boleh dilakukan ialah terus pandang ke hadapan..mengejar masa depan yang belum tiba..dengan kudrat dan daya yang masih bersisa...agar mimpi yang sama tidak berulang...agar tidur tidak menjadi terlalu lena..
mimpi itu memang indah..tetapi ianya yang membuat kita lupa dan alpa pada ALLAH SWT...kita terlalu melayan mimpi yang indah hingga lupa pada realiti yang perlu dihadapi...yang terleka itu biar kita sedarkan kini..kerana di dunia ini masih ada perjuangan yang perlu dilunaskan...kerana di dunia ini masih banyak yang perlu kita kumpulkan untuk bekalan di akhirat kelak...sanggupkah kita melihat satu hari nanti ALLAH SWT berpaling dari melihat kita kerana sikap kita yang terlalu alpa dan leka?...selagi masih punya waktu..selagi masih ada nyawa...selagi masih diberi peluang untuk bernafas...grab the chance...
tiada istilah terlambat dalam bertaubat...dan tiada istilah menunggu waktu tua untuk beribadah..yang ada hanya istilah..selagi ALLAH SWT masih memberikan nyawa dan kudrat jangan pernah putus asa untuk mohon taubat dan beribadahlah sebanyak dan semampu yang mungkin...
sedangkan cinta kepada manusia juga memerlukan bukti...apatah lagi cinta kepada ALLAH SWT..apakah bukti cinta kita kepada ALLAH SWT?...apakah yang telah kita lakukan untuk meraih redha,pahala dan syurgaNYA?...yakinkah kita untuk masuk ke syurgaNYA?...layakkah kita?...
ku biarkan persoalan kerana kamu yang punya jawapan...ku biarkan hatimu tertanya2 kerana kamu lebih tahu akan jawapanya...ku biarkan kamu berfikir sejenak...kerana kamu lebih tahu di mana letak duduk kamu sekrang...
kerana aku pernah bermimpi panjang...kerana aku pernah lena yang panjang...kerana aku pernah alpa dan lupa padaNYA...maka segala persoalan...aku sudah punya jawapan...
tatkala kamu sudah punya jawapan..sediakan dirimu dengan tindakan..mungkin..esok nyawa akan diambil....ayuh bangkit dari mimpi...hadapi realliti...kerana ALLAH SWT sedang memanggilmu..kerana Rasulullah SAW...sedang manantimu...fokus utama...ALLAH SWT...
^_^ aku yang bermimpi...ingin bangun dari lena yang panjang...aku yang bermimpi...ingin bangun dengan harapan...dan aku yang bermimpi...masih mengharapkan masih punya waktu untuk aku...mohon ALLAH SWT permudahkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan