Rabu, 13 Mac 2013

duhai hati bersabarlah...

assalamualaikum duhai hati yang dirindui ALLAH SWT...

semua yang dilakukan bermula daripada hati...hati yang rapuh kerana niatnya tidak meletakkan ALLAH SWT sebagai yang utama..walaupun sekecil mana niat yang ingin kita lakukan..pasti selitkan kerana ALLAH SWT...kerana ALLAH SWT menilai kamu...dan pernilaian dariNYA yang menentukan di mana kedudukan mu kelak...kadangkala bila melakukan sesuatu itu kita dah rasa cukup ia hanya ALLAH SWT..tetapi beberapa detik kemudian ia menjadi niat untuk pekara yang lain...

ada seorang sahabat pernah menyatakan bahawa hati manusia amat mudah lalai...dan ia perlu sentiasa diingatkan berulang kali agar niat itu tidak tersasar..sebelum melakukan sesuatu kita perlu remind diri kita untuk apa kita lakukan...sedang kita lakukan sesuatu itu..remind lagi hati kita untuk apa kita lakukan itu..dan apabila menyudahi sesuatu itu..remind lagi sekali untuk apa kita lakukannya..yang pasti..ALLAH SWT yang pertama...

sentiasa ingatkan hati kita agar jangan mudah lalai..

cinta itu indah..kerana itu ia sentiasa berlegar2 di sekeliling kita..adakah perlu kita menyahut cinta itu?...itu terpulang kepada hati...tanya pada diri untuk apa kamu menyambut cinta itu..untuk apa dilayan cinta itu..adakah ALLAH SWT termasuk dalam cerita cinta itu?...sekiranya tidak...tinggalkan sahaja dahulu cinta itu...carilah cinta ALLAH SWT...belajar cinta kepada ALLAH SWT...nescaya kamu akan perolehi semua cinta yang ada..

sekiranya kamu inginkan cinta...pintalah pada yang mengurniakan cinta itu iaitu ALLAH SWT...pintalah untuk mencintaiNYA setulus hati...tiada istilah yang cinta tidak boleh dipaksa...kerana cinta boleh dipupuk...oleh itu pupuklah cinta kepada ALLAH SWT...ada sebab kenapa ALLAH SWT belum mendatangkan cinta yang kita mahu..kerana takut andai cinta itu hadir...kita mudah alpa pada cinta kepada ALLAH SWT..

duhai hati...bersabarlah...belum tiba masanya lagi..belum tiba detiknya lagi..ALLAH SWT belum mengizinkan hatimu lagi..saya, kamu dan kita semua hak milik mutlak ALLAH SWT...oleh itu teguhkan cinta keada ALLAH SWT terlebih dahulu...bila cinta kepada ALLAH SWT semakin kuat...sebarang cinta yang hadir tidak akan mampu melawan cinta kita kepada ALLAH SWT...insyallah..ALLAH SWT cintakan hambaNYA..kenapa kita tidak boleh membalas cinta ALLAH SWT...kena semak balik hubungan kita dengan ALLAH SWT...

bersabarlah...menanti dalam mujahadah..menunggu dalam ibadah..merindu dalam doa...

ALLAH SWT nak bagi kejutan kepada hambaNYA...ia akan hadir di saat yang kamu tidak sangka..so nantikan suprise dari ALLAH SWT...sebelum itu..pupuk cinta kepada ALLAH SWT..bina tembok iman yang kuat...bina dinding istiqamah yang tebal..bina bumbung taqwa yang utuh...

^_^ duhai cinta...jangan berlagar di sini...duhai angan2 yang bermain2 disekelilingku...duhai rindu pergilah ke dalam dakapan doa..duhai realiti datanglah untuk menyedarkan aku yang sedang lena..duhai cinta..pupuklah diriMu untuk ALLAH SWT...

duhai hati..bersabarlah..masih belum masanya...teruskan menanti suprise dari ALLAH SWT :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan