assalamualaikum duhai hati-hati yang mandambakan cinta...
umur yang semakin meningkat menambahkan kematangan dalam berfikir tentang kehidupan..yang dahulunya dirasakan tidak perlu terasa amat diperlukan dalam hidup pada hari ini...kadangkala aku tertanya-tanya kenapa ALLAH SWT munculkan seseorang itu dalam hidup ini...kenapa ALLAH SWT biarkan mata ini memandang pada sesuatu yang tidak ingin aku pandang...
apa yang aku tahu..setiap yang ALLAH SWT hadirkan dalam diri ini kerana sayangnya ALLAH SWT terhadap aku...cinta datang dan pergi kerana ALLAH SWT ingin memberitahu pada diri ini..tiada yang yang lebih kekal selamanya melainkan cintaNYA kepada aku...tiada rindu yang lebih hebat melainkan rindunya Rasulullah SAW terhadap diri aku..
bila terbaca kisah saat Rasulullah SAW di akhir nafas baginda...terasa menitis air mata ini mengenangkan baginda...YA ALLAH..rindunya pada Rasulullah SAW..
sejak dua menjak ini..kepala ini selalu sangat berfikir pada pekara yang tidak perlu...rasa macam nak menjerit bila fikirkan semua itu...tetapi...aku sedar..yang ini hanya ujian dari ALLAH SWT...ujian ini kecil jika nak dibandingkan dengan ujian yang telah ALLAH SWT timpakan pada saudara2 ku di luar sana..
apa yang aku takutkan adalah...aku takut angan2 akan membawa aku kepada kelalaian yang panjang...takut angan2 ini akan sama2 membawa pergi cinta dan rindu aku pada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW..akan memudarkan istiqamah aku..akan mengurangkan iman yang sedia ada telah longlai..kebergantungan aku hanyalah pada ALLAH SWT..moga2 apa yang aku takuti dijauhkan dari diri ini..
aku akan cuba sedaya dan uapaya untuk memastian segala yang membelenggu diri ini pergi buat selamaya...moga ALLAH SWT permudahkan aamiin..
aku ingin hidup dalam realiti kerana cinta ALLAH SWT berada disitu..aku ingin tinggalkan angan2 kerana takut diri terus alpa..sebelum terlewat..biarlah aku melangkah pergi meninggalkan daerah angan2 ini...semoga daerah realiti menerima kehadiran aku yang terlewat sampai ini...aamiin..
wassalam...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan